Apa lagi nak dikata, bola memang bulat dan dalam kebulatan bola semuanya boleh terjadi. Manchester City yang pada mulanya kelihatan seperti muktamad akan ditewaskan oleh QPR 2-1 selepas masa penuh 90 minit tiba-tiba seperti pejuang yang enggan menyerah, bingkas bangun semula. Edin Dzekou menyamakan kedudukan 2 minit pada masa tambahan untuk kedudukan 2-2 dan 2 minit kemudian Aguero pula menjadikan kedudukan 3-2 cuma 2 minit sebelum pengadil meniupkan wisel penamat.
Perlawanan yang sungguh dramatik, macam tak percaya pula. Seperti cerita Hindustan, seorang hero yang pada mulanya kelihatan telah tewas tiba-tiba bangun di saat-saat akhir untuk mengucup piala EPL.
Apa pun tahniah kepada Manchester City kerana penantian selama 44 tahun bagi menggapai piala EPL sudah menjadi kenyataan. Kepada peminat MU termasuk Perdana Menteri kita, harap malam ini dapat tidur dengan lena kerana ia cuma kisah sebiji bola...
Ermm...so saaaaadddd!!
ReplyDeletehahahaha man u kalah.syok wohhh
ReplyDeletehati aku tetap MU!!!!!!
ReplyDeleteMemang hindustan jgk jalan kemenangan tu. Hahaha. Cool ah Man City.
ReplyDeleteAsalkan bukan MU yg menang aku tetap seronok!!
ReplyDeletehampeh je.. ingatkan MU menang smlm... huhu
ReplyDeletesokong mu...tak ada rezeki mu hihihi
ReplyDelete