Siapa yang tak merasai kesakitan bila orang yang kita sayangi pergi meninggalkan kita? Ada yang meninggalkan kita untuk mencari kebahagiaan di tempat lain, ada pula yang meninggalkan kita kerana Allah telah memanggilnya pergi.
Bagi yang tidak tahan menanggung kesakitan akibat kepergian yang tak disangka itu mereka memerlukan begitu banyak masa untuk menenangkan diri. Ada yang mengambil masa berbulan-bulan malah bertahun-tahun untuk membalut luka sekeping hati. Sesungguhnya hanya mereka yang pernah mengalami akan memahami perasaan pedih itu.
Bukan saja manusia yang ditingglkan merasai kesannya, malah binatang juga:
Gambar di atas menunjukkan seorang Veterinar, Dr Jan Ramer sedang membantu seekor anak gorilla bernama Kristian yang tertekan akibat kematian ahli keluarganya di bawah projek Vetiriner Gorilla di Taman Negara Virunga, Republik Kongo.
Anak gorilla ini masih tak dapat menahan rasa sedih akibat kematian keluarganya yang tersayang. Mungkin dia berkata: "Biar derita ini ku tanggung sendiri.."
Alahai....kesiannyaaaaa....
ReplyDeleteJR, tau tau je apa yg gorilla tu cakap ye.. Huhuhu... tapi kesiannya. Dia macam merajuk je duduk celah tu.
ReplyDeletebinatang pun tahu sayang keluarganya...kesian kat gorilla nie...
ReplyDelete