»

09 May 2012

Video Bayi Didera Ibu Kandung...Ibu Anjing Pun Tak Tergamak


Antara video yang paling hangat diperkatakan di Facebook sekarang ialah mengenai penderaan seorang ibu (seperti ibu Melayu) terhadap anak perempuannya berusia setahun. Kanak-kanak itu bukan saja dipukul, tapi juga ditendang. Ibu anjing pun rasanya tak tergamak melakukan perbuatan sekejam itu terhadap anak kandungnya sendiri!

JR tak boleh tonton video ini sampai habis, rasa sedih sangat. Manusia spesis apa ni sanggup lakukan begitu kepada darah daging sendiri?

Yang anehnya ialah di dalam video itu turut terdengar suara wanita lain yang cuba melarang ibu itu meneruskan penderaannya. Tapi setakat melarang saja apa gunanya? Mengapa tak bertindak menyelamatkan kanak-kanak malang itu?

Dan manusia yang mengambil video kekejaman ibu untuk dimasukkan dalam Youtube itu, apa perasannya melihat sebuah kekejaman di depan mata sendiri? Tak cuba menghalang? Tak tersentuh ke hati apabila dengan selamba mengambil gambar dan kemudian mengantarnya ke Youtube?


Maklumat terbaru dari Facebook PDRM:
Berhubung dengan penyebaran video penderaan bayi melalui media sosial, PDRM telah menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai yang rata-rata bersimpati dan prihatin dengan nasib bayi tersebut.

Untuk makluman, kes tersebut telah dilaporkan di IPD Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan telah dibuat pada hari yang sama. Pelaku merupakan ibu kandung kepada bayi perempuan yang didera.

Wanita tersebut kini sedang menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula pada tarikh tangkapan di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

9 comments:

  1. Sebagai seorang ibu, kakya pun tak paham kenapa ibu ini
    Berhati hitam Dan kejam. Akan insaf x dengan 18 bulan penjara.

    ReplyDelete
  2. inilah jadinya bila society tak di develop dengan betul2...

    ReplyDelete
  3. hari ni buka facebook penuh dengan update status pasal ni di sana sini. saya seboleh-bolehnya tak mau tengok video sebab nnt teringat2 mcm kes budak china kena gilis lori dulu. tapi kat berita tv9 dia boleh tunjuk pulak. terus hilang selera nak mkn. huhuhuh. kalau dikira2 umur bayi tu skrg sebaya dgn anak saya, 2 tahun lebih. kesiann T____T

    ReplyDelete
  4. Sama la pendapat saya JR. Benda tu boleh diselamatkan oleh org yg amik gmbr tu. Dia boleh je hanya tgk je. Saya lagi marahkan org yg amik gmbr tu sbb dia dah nampak, tapi dia tak tolong budak tu. Tak tau la kot2 yg amik gmbr tu kaki kudung. Mak dia yg pukul bayi tu mmg la salah. Itu tak dpt dinafikan. Tpai saya rasa dia tak normal. Mungkin ada masalah mental. Sbb nampak gaya mcm mental. Tapi apa2 pun, kes ni tahun lepas punyer.

    ReplyDelete
  5. Tu spesis manusia bodoh akal dah x de...

    ReplyDelete
  6. Tu spesis manusia bodoh akal dah x de...

    ReplyDelete
  7. mungkin ibu nie ada masalah mental...

    ReplyDelete
  8. mak budak ni dah kena tangkap kan.. tahun lepas..

    ReplyDelete
  9. tak ada mak bapak yang tak sayangkan anaknya..anak angkat pun org sayang apatah lagi ank kandung..kalau begitu si ibu buat pada ank, saya rasa ibu itu sangat sakit, tertekan..kata orang tua-tua sakit meroyan..ibu dan ank itu perlu dibantu..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....