»

10 May 2012

Aneh..Lahirkan Anak Lima Jam Lepas Tahu Diri Hamil


Bagi mereka yang sudah kawin, berita ni macam tak masuk akal. Tapi itulah yang sebenarnya terjadi:

Sepasang suami isteri dari Tennessee, Amerika Syarikat, Amanda dan Billy Prentice telah menunggu selama empat tahun untuk mendapatkan anak. Satu hari di hospital doktor memberi kabar gembira kepada Amanda bahwa dia sedang mengandung. Gembiranya pasangan itu, maklumlah dah empat tahun menunggu kedatangan seorang anak yang bakal memeriahkan rumah mereka. 


Tapi baru lima jam selepas mengetahui dirinya hamil tiba-tiba Amanda   rasa sakit dan terus melahirkan seorang bayi perempuan. Aneh, selama sembilan bulan Amanda tidak sedar pun bahawa dia sedang mengandung!


Mom Didnt Know She Was Pregnant

Amanda dan anaknya


Beberapa hari sebelum melahirkan anak, Amanda mengalami kejang kaki.  Suaminya  Billi kemudian bergegas membawanya ke hospital terdekat. Amanda kemudian pengsan selama dua hari. Ketika sedar doktor memberitahu bahwa Amanda menderita komplikasi beberapa penyakit di bulan-bulan terakhir kehamilannya.

Amanda sungguh terkejut bila mengetahui dia sudah sembilan bulan mengandung! Mengapa dia tak sedar pun dia sudah mengandung sembilan bulan?

Kehamilan tersebut sangat mengejutkan kerana Amanda tidak langsung mengalami gejala kehamilan yang biasa dialami wanita lain.


"Saya tidak pernah merasa ada sesuatu bergerak dalam perut bahkan saya memakai baju yang sama selama dua tahun tanpa mengalami sebarang perubahan ukuran pakaian," kata Amanda seperti dilaporkan huffingtonpost.


Amanda melahirkan anak perempuan yang diberi nama Allie McKinley Rose. Bayi seberat 5.5 pounds (2.5 kg) itu lahir sempurna dan sihat.

Jena Pincott penulis buku "Do Chocolate Lovers Have Sweeter Babies?" dan "The Surprising Science of Pregnancy" menyatakan 1 daripada 450 wanita tidak menyedari mereka hamil hingga minggu ke-20, manakala 1 daripada 2,500 wanita tidak menyedari langsung mereka hamil hingga saat-saat akhir kelahiran bayinya.

Baiknya bayi dalam perut Amanda tu kan..sampai saat-saat sebelum kelahirannya pun dia masih nak bersembunyi dalam rahim ibunya tanpa menunjukkan tanda-tanda kewujudannya. Agaknya bayi itu suka duduk dalam rahim yang aman damai tu kot??

7 comments:

  1. Wah! memang menakjubkan...semua itu kuasa Alahkan...

    ReplyDelete
  2. macam mana la dia tak sedar?... kan bila hamil tak period?... emm... konfius dah...

    ReplyDelete
  3. Menakjubkan kan? Dan wanita ni bertuah sebab tak perlu lalui morning sickness dan berbagai symptom org mengandung mcm darah tinggi kencing manis tu semua.

    ReplyDelete
  4. iskh..9 bulan tuu. beruntung dia takde masalah apa2. surprise!

    ReplyDelete
  5. rahim ibu juga tempat yang paling selamat bagi seorang bayi..

    ReplyDelete
  6. Setuju dgn Deno..rahim ibu adalah tempat yang paling selamat bagi seorang bayi. Selamat hari ibu.

    ReplyDelete
  7. first time tau case macam ni,

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....