Korang pernah dikejar anjing? Bagi JR, dikejar anjing dah jadi macam lumrah dalam kehidupan JR kerana kerap sangat dikejar anjing. Entah apa yang menariknya JR pada pandangan anjing-anjing itu tak tau lah. Kebanyakan anjing yang mengejar tu pula anjing jantan, agaknya mereka ni anjing gay kot?
Masa di sekolah rendah dulu JR pernah dikejar anjing yang terlepas dari pegangan tuannya. Mujur sempat panjat pokok, beg sekolah dan buku-buku bertabur atas jalan!
Di sekolah menengah ketika pergi sekolah naik basikal juga pernah dikejar sekumpulan anjing sampai basikal jatuh. Mujur sempat mencapai kayu dan akhirnya anjing-anjing itu lari.
Lepas itu banyak lagi peristiwa dikejar anjing. Yang terakhir dua minggu lepas ketika sedang berbasikal sebagai salah satu riadah di waktu petang, dua ekor anjing mengejar JR. Tak sampai dua minit mengejar, anjing-anjing itu berhenti, mungkin badan JR yang berpeluh ketika sedang beriadah tak menarik minat mereka?
Tapi semua anjing-anjing yang mengejar JR itu jenis "anjing kampung" yang berbadan kecil macam orang Asia. Tapi lima tahun lepas JR diserang anjing baka besar yang tak pasti jenisnya. JR bukan kenal sangat jenis anjing, mungkin ia pitbulls, bulldog atau rottweiler, JR kurang arif. Yang pasti ia memang anjing baka besar.
Ketika itu waktu maghrib, JR pergi surau seperti biasa berjalan kaki kerana jarak rumah dan surau cuma kira-kira 100 meter saja. Tiba-tiba ketika pulang dari surau sekumpulan anjing menyalak kuat sambil mendekati JR. Tiga ekor semuanya dan ketuanya adalah anjing jenis besar itu. Anjing-anjing itu terlepas dari pintu pagar rumah pemiliknya yang kelihatan terbuka sedikit. Petua orang tua-tua jika diserang anjing ketika berjalan kaki, jangan cuba lari. Jika lari, anjing itu pasti mengejar kerana menyangka kita penakut. Jadi JR cuma berdiri tegak sambil mata memandang tepat ke arah mata anjing paling hadapan.
Mujurlah ketika itu tiba-tiba muncul sebuah kereta Kancil yang dipandu oleh seorang amoi cantik. Amoi itu membunyikan hon keretanya dengan kuat dan ia berjaya menakutkan anjing-anjing itu yang kemudian meluru masuk ke dalam rumah tuannya yang pintu pagarnya sedang terbuka.
"Kam-sia ('伟大') amoi!!" kata JR. [kam-sia bermakna terima kasih dalam bahasa Hokkien]
Sejak itu bila pergi surau JR akan gunakan kenderaan, tak berani mengundang risiko lagi dengan berjalan kaki.
JR teringat nak menulis pasal serangan anjing ini kerana teringat kisah seorang warga emas dari Subang Jaya, Yip Sun Wah, 74 tahun yang meninggal dunia semalam akibat diserang seekor seekor anjing jantan baka pitbull peliharaan jirannya. Anjing yang keluar dari pintu tong sampah itu terus menerkam mangsa yang sedang berjoging sebelum menggigit leher dan telinga kanan warga emas itu sampai mangsa mati di tempat kejadian. Dahsyatnya kan?
Korang ada pengalaman dikejar anjing?
Hanya pernah kena kejar dgn angsa. Lintang pukang lari. Angsa punye leher tu mcm ke depan ke belakang, sungguh menakutkan. Jr, tapi kenapa anjing suka sgt kejar JR? Mungkin bila nampak anjing, JR ada perasaan takut kot. Org kata, bila kita takut, ada hormon tertentu yg keluar drpd badan kita yang anjing dapat hidu.
ReplyDeletesatu tip: kalau kene kejar anjing,berani kan diri sikit sepak kepala anjing tu...works everytime.
ReplyDeletesatu tip: kalau kene kejar anjing,berani kan diri sikit sepak kepala anjing tu...works everytime.
ReplyDeleteCemana anjing boleh suka sakat JR eh.. Kakya takut anjing..mhehehe
ReplyDeleteRumah yang bela anjing specis ganas ni rasanya kene Ada lesen Dan anjing di rantai atau di kurung. (xpasti). kat tempt kakya bila Ada anjing berkeliaran, kami Akan menalipon pihak berkuasa untuk menangkap anjing2 ni.
cik rose pun fobia gan anjing...kalau tengah jalan kaki...nampak anjing kat depan sanggup tak jalan takut...kesiankan warga emas tue...
ReplyDeletedeno tak pernah kena kejar dek anjing.. kena kejar dek lembu dan kambing pernah ka.. haha.. kat terengganu ni jarang sgt jumpa anjing.. xde anjing kot sini..
ReplyDelete