Mungkinkah ini akibatnya jika berita TV banyak dipenuhi cerita-cerita lucah: lucah dalam apartmen, lucah dalam bilik hotel, lucah dalam tandas, lucah di....Ah, banyak sangat berita-berita lucah dekat-dekat nak pilihanraya ni, hingga akhirnya lintah di paya pun naik berahi dan meliwat manusia:
Seorang murid Tahun Satu Sekolah Kebangsaan Kampung Chengal, Ketereh, di Kota Bharu melalui pengalaman yang mengerikan apabila seekor lintah sebesar ibu jari orang dewasa, masuk ke dalam duburnya ketika menangkap ikan di sebuah paya berdekatan rumahnya.
Mohd Farhan Adli Mohd Alpatah, 7, yang berasal daripada Kampung Paya Rambai itu, berkata dia hanya menyedari kehadiran lintah tersebut selepas mengalami pendarahan di duburnya.
"Saya masuk hospital semalam selepas tengok dubur berdarah ketika nak buang air besar dan beritahu keluarga mengenai perkara itu sebelum mendapatkan rawatan di hospital (Raja Perempuan Zainab II).
"Sebelum ini, saya dan tiga orang rakan pergi ke sebuah paya berdekatan rumah untuk mencari ikan, namun tak sangka pula ada lintah masuk dalam dubur," katanya.
Kanak-kanak itu dijangka keluar daripada hospital dalam tempoh sehari dua lagi setelah lintah itu berjaya dikeluarkan.
- Bernama
Budak ni mesti pakai boxer je.. Tak pun tak pakai apa2 dlam seluar.. Isk! Ngeri sungguh..
ReplyDeleteerk... emang deno ngeri la... mcm mana bleh masuk... dah la besar!
ReplyDeletetak suka main dalam sawah kalau ada lintah...takut...
ReplyDelete