»

07 May 2012

Pengalaman Ngeri: Hanya Satu Saat Dipisahkan Maut


Korang pernah mengalaminya? Nyaris-nyaris maut, nyaris-nyaris koma, nyaris-nyaris pengsan? Hanya satu saat dipisahkan dari malapetaka? Tapi takdir Illahi belum tiba. Dan kita masih di sini. Alhamdulillah, jangan lupa  sujud syukur selepas itu...

Pernah mengalaminya begitu - hanya satu saat dipisahkan dari maut?

JR mengalaminya pagi kelmarin. Ketika itu JR sedang berjoging di Taman Rimba Alor Setar. Trek joging Taman Rimba mengelilingi padang golf. Pagar padang golf tu cuma kira-kira 1.5 meter (agak-agak JR lah).

Pagi kelmarin memang cuaca cerah. Mentari tersenyum di dada langit berbaldu biru. Angin sepoi-sepoi bahasa. Best. Seronok berjoging dalam keadaan sebegitu. 

Masuk kolimeter keempat, tiba-tiba ada satu objek berwarna putih berlalu dengan sangat laju di depan hidung JR. Lajunya seperti kilat! Hantu ke tu..lintasan?

Belum sempat JR menoleh ke arah objek yang terbang laju di depan muka itu, tiba-tiba terdengar:

"Puuuummmm...branggggg!!"

Cermin kereta di seberang jalan pecah berderai meninggalkan kepingan-kepingan kecil. Kalau hujan sebentar lagi basahlah kereta tu, cermin depannya sudah hancur lebur bagai debu.

Lajunya bola golf tu terbang! 80 km sejam? Entahlah.  Malangnya nasib pemilik kereta tu. Adakah VVIP yang memukul bola golf itu akan sudi membayar ganti rugi terhadap kita orang-orang NIP (Not Important Person) ni?

Mujurlah JR terlewat sesaat ke depan. Jika tidak, jika JR terlaju sikit berjoging, mungkin kepala JR senasib dengan cermin kereta tu: pecah berderai! Mungkin JR cuma pengsan sambil dikerumuni orang ramai, "Apa jadi..apa jadi. Kena bola golf?  Malangnya nasib dia!"

Kalau pengsan nasib baiklah. Kalau koma kerana berlaku pendarahan di dalam kepala, kemudian struk...alahai lagilah malang. Alamat hari ni tak keluarlah entri ni!

Dan lebih malang jika meninggal akibat bola golf yang tak bermata tu. Tinggallah anak isteri menghabiskan usia tanpa seorang ayah dan suami.

Tapi Allah masih menyayangi JR. Alhamdulillah. Dan pemilik kereta malang itu? Dia cuma perlu ganti cermin baru sama ada dengan wangnya, wang insuran atau jika VVIP itu ada sedikit perikemanusiaan dia akan bayar gantirugi.

Sekali lagi syukur pada Tuhan. Alhamdulillah memberi aku hari-hari indah lagi untuk ku sedut oksigenMu...

7 comments:

  1. Ish..ish... so close. Nyaris nak kena. Ingatkan hantu yg bercahaya putih yg JR cerita ari tu. Alhamdulillah selamat.

    ReplyDelete
  2. saya pernah xcident teruk sampai patah tangan, rahang, kaki retak. terlantar 2-3 minggu di hospital, siap pakai kerusi roda dan bertongkat. Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan umur. mujur saya jenis pentingkan safety semasa menunggang - pakai helmet, berkasut, berjaket. Syukur...

    ReplyDelete
  3. Syukur pd Allah semuanya selamat..

    ReplyDelete
  4. Salam JR..

    Saya tak boleh nak bayangkan kalau bola golf itu terkena awak. Hurmm. Syukur syukur..

    ReplyDelete
  5. syukur alhamdulilah JR selamat :)

    ReplyDelete
  6. Syukur Alhamdulilah...JR bernasib baik...

    ReplyDelete
  7. syukur, mujur JR tak kena... a;hamdulillah.. :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....