Malam ni JR malas la pula nak menulis. Mata pun dah rasa mengantuk...
Apa pun sebelum tidur, JR nak mengucapkan tahniah kepada pasukan Manchester City yang semakin hampir menggapai takhta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas membenam Newcastle United 2-0 sebentar tadi. Kedua-dua gol disumbangkan oleh bintang Ivory Coast, Yaya Toure pada minit 70 dan 89.
Yaya Toure meraikan kejayaan menewaskan Newcastle
Kali terakhir City menggapai takhta kejuaraan EPL ialah 44 tahun lepas. Lamanya mereka menunggu!! Perlawanan terakhir anak buah Roberto Mancini ialah melawan Queens Park Rangers di gelanggang sendiri selepas ini.
Kepada peminat MU, kejayaan City ini pasti menjadi suatu kabar yang memedihkan mereka kerana suatu ketika MU seperti sudah meletakkan satu kaki untuk menggapai kejuaraan EPL.
Manchester City dan Manchester United (MU) turun dalam perlawanan ke-37 hari ini masing-masing untuk mencari mata penuh yang diharapkan untuk menjulang gelaran EPL musim ini.
Sementara Manchester City bertemu dengan Newcastle, MU pula sedang bertemu Swansea di Stadium Old Trafford.
Kepada peminat MU, kejayaan City ini pasti menjadi suatu kabar yang memedihkan mereka kerana suatu ketika MU seperti sudah meletakkan satu kaki untuk menggapai kejuaraan EPL.
tapi ttp sokong MU muahahaha :)
ReplyDeletelame tak ikut epl.. frust gak mu kalah ngan city ari tu.. tapi tak kesah.. man u tetap juara gak bro! takleh bagi city menang
ReplyDeleteQPR tu hebat plak skrg ek? Dulu mcm tak kenal pun. Sejak Tony amik alih tetiba rasa mcm femes plak QPR.
ReplyDeletekurang minat bola...cik hubby sukalah hehehe
ReplyDelete