Beberapa minggu lepas JR ada menulis satu entri dalam blog ni tentang kilat dan petir. JR menulisnya selepas beberapa insiden yang menyebabkan kematian dan kecederaan akibat petir di negara ini. Maklumlah negara kita adalah negara kedua yang paling banyak kes kematian akibat petir di dunia. Selain dari itu sejak kecil JR sangat tak selesa bila berada di tengah cuaca buruk akibat kilat dan petir. Sekarang pula musim hujan yang kadang-kadang diselangi petir kuat yang menakutkan.
Sejak dulu ramai orang percaya beberapa mitos tentang petir yang sebenarnya tak tepat langsung. Ramai yang percaya ia adalah berdasarkan fakta, namun sebenarnya ia cuma auta. Antara mitos tentang petir yang tak tepat ialah:
1. Petir hanya menyambar ketika hujan
Salah! Sebenarnya petir boleh berlaku sebelum hujan, ketika hujan, ataupun setelah hujan berhenti. Bahkan petir juga pernah berlaku secara tiba-tiba ketika cuaca cerah dan baik.
2. Petir tak pernah menyambar tempat yang sama dua kali
Salah! Sebenarnya petir sering menyambar tempat yang sama berulang-ulang terutama tempat yang tinggi dan berbentuk lonjong/ tajam.
3. Tayar getah kereta melindungi kita dari petir
Salah. Memang kereta adalah salah satu tempat yang paling selamat ketika petir berlaku. Jika berada dalam kereta peluang untuk disambar petir sangat-sangat rendah. Tapi seseorang itu selamat ketika berada dalam kereta bukan kerana dilindungi oleh tayar kereta yang diperbuat dari getah, tapi kerana badan kereta yang dibuat dari logam yang menghantar petir ke tanah dan dengan itu ia tidak masuk ke dalam kereta. Untuk lebih selamat ketika cuaca buruk, tutuplah semua tingkap kereta.
4. Berteduh di bawah pokok selamat
Salah. berteduh di bawah pokok ketika terjadinya petir rasa seolah-olah selamat, tapi ia sebenarnya tak selamat kerana berpotensi besar terkena sambaran petir secara langsung atau terkena aliran letrik yang mengalir ke tanah.
5. Untuk keselamatan telungkup muka ke tanah ketika petir
Salah. Jika petir berlaku di tempat terbuka, menelungkup badan ke tanah bukan jawapan terbaik untuk menyelamatkan diri. Malah tindakan seperti ini sangat-sangat membahayakan keselamatan kerana aliran letrik akibat petir akan memasuki tanah lalu menyambar badan orang di atasnya. Kebanyakan pakar kajicuaca menyatakan bahwa tidak ada satu tempat pun yang selamat jika petir berlaku di kawasan terbuka.
6. Orang yang tersambar petir berbahaya untuk di sentuh
Salah. Mangsa sambaran petir perlu cepat-cepat ditolong, bukan dihindari. Tubuh manusia tidak menyimpan letrik selepas ditsambar petir, jadi tubuh mereka yang disambar petir sangat selamat untuk di sentuh.
7. Bahaya memakai aksesoris dari logam ketika petir
Salah. Aksesoris seperti itu tidak mengundang petir kerana yang harus diberi perhatian adalah jika seseorang itu membawa payung, kerana ia membuat orang itu kelihatan lebih tinggi yang mudah menjadi mangsa panahan petir.
8. Paling selamat berada di dalam rumah
Betul. Rumah atau bangunan merupakan salah satu tempat paling selamat ketika petir terjadi. Walaubagaimanapun ketika berada di dalam rumah sila jauhi benda-benda yang mempercepat aliran letrik seperti kabel telefon, tv, alat elektronik dan lain-lain. Juga ketika petir sila jauhi paip air dan objek yang mengandungi air. Dan yang terpenting jangan duduk berdekatan dengan pintu dan tingkap.
Sumber: gabohong.blogspot.com
Satu jek yang betulnya ya JR. Hurmm...
ReplyDeletebetul betul betul! :)
ReplyDeleteAri tu ada baca kisah Wani SC pasal petir. Nampaknya takde tempat selamat la kalo di tempat terbuka. Takutnye.
ReplyDeleteTime2 ujan n ribut petir ni mmg takut woo..
ReplyDeletegood info :)
ReplyDeletePetir memang bahaya...berhati-hati...
ReplyDeletethanks berkongsi info yang menarik ni :)
ReplyDelete