»

05 May 2012

Padan Muka..Kena Tangkap Sebab Ugut Polis Di Facebook


 
Itulah akibatnya bila maki dan ugut polis dalam Facebook. Maki jangan sebarang maki weii, bukan semua orang korang boleh maki dan ugut dalam FB. Korang nak maki dan ugut aku tak pa la, aku bukan ada authority pun nak tangkap korang, tapi polis jangan main-main wooo..

Mengikut berita Malaysiakini petang tadi, seorang aktivis mahasiswa ditangkap polis kerana  mengeluarkan kata-kata kesat dalam Facebook yang bermaksud supaya anggota polis dibunuh.

Khalid Ismath, 22, ditangkap polis bila dia tiba di Ibu Pejabat Polis kontinjen Kuala Lumpur ditemani ibu bapa, sanak saudara dan sekumpulan aktivis mahasiswa.

NONE 

Khalid dikatakan menulis dalam Facebooknya "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan."

Mana boleh tulis macam tu Khalid, awak tak tau ke? 

Untuk makluman awak, Khalid, dalam Facebook atau laman sosial lain ada banyak benda kita dilarang tulis:

i) Tak boleh tegur, maki, ugut atau mempersenda Raja-Raja Melayu, walaupun mereka buat salah.
ii) Tak boleh tegur, maki, ugut atau mempersenda Perdana Menteri, walaupun dia  buat salah.
iii)Tak boleh tegur, maki, ugut atau mempersenda anggota polis, walaupun mereka buat salah.

Kan awak tak tau Khalid dah ramai yang kena tangkap sebelum ini kerana melakukannya kepada Raja, Perdana Menteri dan polis.

Kalau awak nak tegur, maki atau persenda dalam Facebook, awak boleh lakukannya kepada orang lain:

i)  Awak boleh tegur, maki atau ugut kawan-kawan Facebook awak, itu tak apa punya, tak ada polis yang akan tangkap awak.
ii) Awak boleh tegur, maki atau ugut mak, bapa, datuk atau nenek awak, itu tak apa punya, tak ada polis yang akan tangkap awak.
iv) Awak boleh tegur, maki atau ugut Menteri Besar Kelantan, itu tak apa punya, tak ada polis yang akan tangkap awak. (Sebelum ini ada blogger ugut nak bunuh Nik Aziz Menteri Besar Kelantan, tapi blogger tu tak kena tangkap pun)
v) Awak juga boleh tegur, maki atau ugut nak bunuh Anwar Ibrahim, tapi tak akan ada polis akan tangkap awak punya, seperti kawan kita ni:

Sumber gambar penuh di sini.
Ada tak orang yang kata nak bunuh Nik Aziz atau Anwar Ibrahim ditangkap? Tak ditangkap pun sebab dia bukan ugut nak bunuh Raja, PM atau polis, dia cuma ugut nak bunuh seorang Nik Aziz dan Anwar Ibrahim.


Oleh itu lain kali jika nak buat joke tentang bunuh-bunuh orang ni, kena berhati-hati juga. Kena tau rule of law Malaysia, kerana bukan semua warganegara boleh dilayan sama...

5 comments:

  1. tu la... mmg padan muka! deno mmg pantang org ckp mcm tu.. dah la polis byk berkorban utk negara.. abah deno polis, siap pernah kena tembak.. semua gara2 nak selamatkan org... grrr

    ReplyDelete
  2. Berhati2...kita bukan berada di negara demokrasi di mana semua org dilayan sama rata. Kita bukan berada di negara demokrasi, kita berada di negara kuku besi, berhati2 menulis..

    ReplyDelete
  3. Saya dah tengok video2 tentang keganasan polis dlm Bersih 3. Tak sangka polis kita begitu ganas. Imej polis jatuh teruk sekarang. Kesian Paksu saya dia polis baik tapi terpaksa menanggung akibat perangai sesetengah polis yg ganas masa Bersih 3.

    ReplyDelete
  4. baik atau buruknya perangai seseorg tergantung pada individu, bukan pada kerjaya atau pangkat jenamanya. sedang pisang sesikat tak semuanya elok :)

    ReplyDelete
  5. budak2 sekarang..nak glamour dengan cepat tak fikir dulu sebelum menulis...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....