Korang pernah menyebut perkataan "kalau"? JR pun pernah terucapkannya, tapi selepas mendengar satu ceramah di surau tak berapa lama dulu, JR cuba mengelakkan diri dari menyebut perkataan "kalau". Tapi dalam berjaga-jaga kadang-kadang tersebut juga perkataan "kalau" yang boleh menyebabkan akidah kita tergelincir itu..
Selepas mendengar ceramah di surau beberapa bulan lalu, pada Khamis lepas sekali lagi seorang ustaz di TV dalam takzirah paginya menyebut hal yang sama: "Jangan sebut perkataan 'kalau' kerana ia boleh menyebabkan syirik kecil", kata ustaz itu.
Syirik kecil? Syirik kecil atau syirik besar ia masih dalam kategori syirik kan?
Bukan semua perkataan "kalau" boleh menyebabkan syirik. Penggunaan perkataan KALAU yg dilarang mengikut ustaz kat TV itu ialah apabila berlaku sesuatu yg buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya.
Penggunaan perkataan "kalau" seperti ini mengikut ustaz itu adalah amalan syaitan, kerana ia menidakkan takdir Allah yang telah ditentukanNya, sebagaimana dalam hadis sahih Muslim yang menyebut: Nabi bersabda: “Jangan kamu berkata: Kalau aku buat begini, akan jadi begini. Tetapi katakanlah: ini takdir Allah, apa yg dia kehendaki akan berlaku. Sesungguhnya perkataan ‘kalau’ membuka pintu syaitan.”
Penggunaan perkataan 'kalau' tak buat begini tak lah jadi begitu dan begini seolah-olah seperti kita memperolokkan takdir Allah. Misalnya jika JR kata "Kalau aku tak pakai kasut baru ke mesjid untuk solat Jumaat semalam, tak lah kasut baru aku tu hilang dikebas orang", ia adalah contoh penggunaan perkataan "kalau" yang boleh mencetuskan syirik kecil. Ini kerana siapa boleh menjamin kasut tu tak hilang semalam? Mungkin ada orang datang ke rumah masa JR sedang bersolat dan mencuri kasut baru tu, apa nak kata? Semuanya takdir Illahi, jika Dia kata kasut JR nak hilang pada hari Jumaat, tak hilang di masjid di rumah atau di tempat kerja juga boleh hilang.
Pokoknya ialah jangan mempertikaikan takdir Illahi. Ingat tu jangan mendekati syirik kecil, takut nanti bila lama-lama terkumpul banyak syirik kecil, akhirnya ia akan jadi syirik besar pula...takutnya!!
Kadang-kadang kita tak menyedari apa yang kita cakap ada akibatnya....
Kadang-kadang kita tak menyedari apa yang kita cakap ada akibatnya....
Alhamdulillah dah tahu pasal ni...dlm text book quran sunnah ada topic ni..anyway,thnks sharing.
ReplyDeletemoga lepas ni..dapat control sebut 'kalau' tq berkongsi info berguna
ReplyDeletecik rose pun selalu jugak sebut...pasni tak boleh sebut lagi...
ReplyDelete