»

05 May 2012

Stesen Radio Yang Paling Popular Di Malaysia Ialah....



Korang suka dengar radio tak? JR biasanya cuma dengar radio dalam kereta. Bila start saja switch, terus buka radio. Bila sedang joging juga dengar radio menerusi henset bagi menghilangkan rasa boring satu jam di atas trek.

Stesen yang JR paling suka ialah Hot FM dan Suria FM. Dulu JR suka buka Era FM, tapi kemudian beralih kepada Hot FM dan Suria FM. Kadang-kadang memang buka juga Era FM tapi tersangatlah jarang.

Stesen yang JR tak pernah masuk ialah radio kerajaan kepunyaan RTM. Cara penyampaian DJ nya sangat memboringkan (sori..RTM, itu pengakuan ikhlas...)

Korang pula suka stesen radio mana?

Di bawah ini ialah senarai tujuh stesen radio yang paling popular di Malaysia mengikut agensi kaji selidik Nielsen yang bermula pada 19 Mac hingga 15 April lalu:


1. Era FM – 4.8 juta pendengar
2. Sinar FM – 4.23 juta pendengar
3. THR (Raaga & Gegar) – 3.39 juta pendengar
4. Hot FM – 3.4 juta pendengar
5. Suria FM - 2.88 Juta pendengar
6. MY FM – 2.54 juta pendengar
7. Hitz FM - 2 juta pendengar



Nampaknya Era FM telah berjaya merampas kedudukan Sinar FM yang sebelumnya merupakan stesen radio yang paling popular di Malaysia. Tahniah Era!!
Dan stesen kegemaran JR: Hot FM dan Suria FM cuma di tempat ke-4 dan ke-5. Malangnya...
Radio di bawah kendalian RTM pula di mana? Malang sungguh tak ada pun dalam senarai. Mengapa orang tak suka dengar radio milik kerajaan? Pasti ada sebabnya....

4 comments:

  1. alamak! stesen peberet deno jatuh kedudukan last sekali! hadoii...

    ReplyDelete
  2. haha.. bolat dh jrang dgr radio.. tpi klau ditakdirkn bolat buka radio..bolat bukak hotfm ;)

    ReplyDelete
  3. saya suka dengar radio THR gegar ... best lerrrr...

    ReplyDelete

Komen la sikit....