JR nak kongsi cerita menarik ni dengan korang yang dipinjam dari blog Isu Hangat.net.
Jika korang pernah mengalaminya, bertuahlah korang. Secara jujur JR belum pernah mengalaminya. Baca:
Ini bukan mimpi..ini realiti..
BARU pulang dari kuliah Tuan Guru (TG) Dato’ Dr. Haron Din. Beliau membuka kuliah degan satu pertanyaan: "Adakah anda semua pernah bermimpi melihat diri anda berbogel?"
Semua hadirin tersentak. TG meminta siapa yang pernah bermimpi mengangkat tangan. Tiada seorang pun angkat (Malu kot? -P).
TG beristighfar. TG menyambung dgn satu kisah di mana kisah itu diambil dari satu majalah Arab. Dalam majalah itu menceritakan satu wawancara dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Sudais.
Dalam wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. Satu panggilan diterima. Pemanggil itu bertanya soalan tentang tafsir mimpi. Sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tapi hanya sebahagian sahaja beliau tahu.
Pemanggil itu menceritakan mimpinya, dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki sedang bertawaf dalam keadaan bogel tanpa ada perasaan malu.
Sheikh menjawab: "Masyaallah..masyaallah… Tafsir mimpi ini saya tahu, orang itu mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan dia diterima. Umpama anak yang baru dilahirkan tanpa sebarang dosa".
Pemanggil itu bertanya: "Bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kepada lelaki yang saya nampak beliau dalam mimpi saya?"
Sheikh menjawab: "Menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu".
Lantas pemanggil itu berkata: "Lelaki itu adalah Tuan Sheikh sendiri!!".
Sheikh Sudais terkejut dan menangis sehingga program wawancara tersebut terpaksa dibatalkan...
Alangkah ruginya kita dan alangkah beruntungnya manusia itu.. Mendapat keampunan dari Allah dan segala amalan diterima.. Sedang amalan kita..mungkin banyak bercampur dengan dosa, malas, banyak alasan dan bermacam lagi..
JR: Belum pernah bermimpi telanjang. Korang bagaimana?
JR: Belum pernah bermimpi telanjang. Korang bagaimana?
Berkaca-kaca mataku saat baca part pemanggil dgn sheikh.. :)
ReplyDeleteinsafff... huhu....
ReplyDeleteinteresting interpretation... :)
ReplyDeletehave an awesome day JR!
Uuuhhhh!!
ReplyDeleteXpernah lagi.. Tapi kalau mlm ni mimpi tak kan bagitau JR. Very secret. Haha
rasanya tak pernah mimpi lagi
ReplyDeletebelum.. tpi klau dpt tu satu anugerah ;)
ReplyDeletememang beruntung tuan sheikh tue...
ReplyDeleteSaya pernah bermimpi. Bukan sekali. Saya tak tahu apa maksud..sehinggalah google tafsirnya.. kalau betul la itu tafsiran nya, mudahan Allah ampunkan segala dosa2 saya. Ameen.
ReplyDelete