»

04 May 2012

Alamak Besarnya Dia Punya..Saiz 22"!!

Korang boleh bayangkan saiz 25 tu besar mana? JR tak boleh bayangkan besar mana. Ada kawan JR saiz 10 ingatkan dah cukup besar seperti raksaksa, tapi orang ini saiznya 25...ya Tuhan, besarnya dia punya!! (JR cuma 7.5-8)..


Sebenarnya apa yang JR nak ceritakan di sini ialah mengenai kisah seorang lelaki di Amerika yang menghadapi masalah mendapatkan kasut yang sesuai dengan saiz kakinya. 

Igor Vovkovinskiy, of Minneapolis, currently the tallest man in the United States at seven feet eight inches, has an imprint taken of his foot by technicians as part of a shoe fitting at Reebok headquarters, in Canton, Mass., Thursday, May 3, 2012. Vovkovinskiy, who has a shoe size between 22 and 26, says he's had 16 surgeries in six years to fix problems created by shoes that didn't fit. Reebok is providing the shoes at no charge. (AP Photo/Steven Senne) Photo: Steven Senne / AL

Lelaki tertinggi di Amerika Syarikat, Igor Vovkovinskiy telah mengembara dari Minnesota ke Massachusetts hanya untuk mendapatkan sepasang kasut  Reebok yang sesuai dengan saiz kaki ala-raksaksanya itu.



Igor Vovkovinskiy mengatakan dia pernah melalui 16 pembedahan dalam tempoh enam tahun gara-gara memakai kasut yang tidak sesuai dengan saiz kakinya. Igor setinggi 7 kaki 8 inci (213.4 cm) berkata baginya kasut  tidak mempunyai sebarang daya tarikan, kerana setiap kali dia meninggalkan rumahnya ia terasa seperti "membunuh diri". 


Pihak Reebok pula berkata mereka mencipta kasut untuk Igor semata-mata ingin membantunyaSyarikat tersebut mengatakan bahawa projek membina kasut untuk Igor itu bernilai antara $ 12,000-$ 20,000 (RM36,500-RM60,840) dan mereka memberinya secara percuma sahaja kepada pemuda itu. Anggaran saiz kasut untuk Igor adalah antara 22 hingga 25.

Kasutnya berharga RM60,000 lebih? Fulamak, mahalnya kasut Igor tu kan..boleh beli kereta Persona 1.6!!

Sumber di sini

6 comments:

  1. lah ingat kan size apa hahah besar juga 25

    ReplyDelete
  2. Hahahaa besaaar punyaaaa :)

    Itu baru kasut.....
    Cemana la kalau dia ni nk nompang keta kancil....huhuhuuu kesian juga bdn besar sgt ni.

    ReplyDelete
  3. mak aihh siksa juga jadi org besar nie .. huhuhuh 36 ribu utk satu kasut .. x payah pakai kasut lagi bagus huhuhuh

    ReplyDelete
  4. ingatkan apa cerita JR. tentang kaki dia pula.Susah juga pula ya jika terlalu besar saiz...nasib dialah ya..

    ReplyDelete
  5. erk.. besarnya!!!! mmg susah nak cari saiz kasut! :)

    ReplyDelete
  6. saiz kaki rupanya hehehe suspen jer...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....