PETALING JAYA: Pelakon Fasha Sandha yang baru mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli (Jejai) enggan mengulas dakwaan kononnya perkahwinan beliau dengan anak bekas Menteri Besar Perak Tan Sri Ramli Ngah Talib itu tidak mendapat restu.
Fasha berkata, dia kini bahagia selepas seminggu bergelar isteri dan bersyukur kepada Allah kerana telah memberikannya seorang suami yang baik.
"Maaf saya tidak mahu mengulas mengenai perkara itu," ujarnya ringkas kepada mStar Online ketika ditemui di Sri Pentas semasa pelancaran drama bersiri Seindah Sakura di sini pada Khamis.
Fasha dan Jejai selamat bernikah dalam satu majlis sederhana pada 27 April lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara di sini.
Pada upacara akad nikah yang dihadiri kira-kira 250 tetamu itu, wakil keluarga Jejai yang kelihatan hanyalah bapanya sahaja sebaliknya ibu beliau iaitu Puan Sri Raja Noora Ashikin Raja Abdullah tidak berada pada majlis tersebut.
Situasi tersebut menimbulkan spekulasi kononnya keluarga lelaki tidak merestui perkahwinan berkenaan.
JR: Semoga apa yang digosipkan itu tak benar. Semoga tiada mahligai yang runtuh hanya kerana sebuah perkahwinan yang tak direstui keluarga. Pasti masih ada masa untuk memperbaiki hubungan....
Walaupun dia kata dia bahagia, saya nampak perkahwinan dia ni macam suram je. Mcm penuh kesedihan di belakang tabir.
ReplyDeleteMungkinkah pelakon kita juga pandai berlakon di depan wartawan?
ReplyDeleteslalu ade yg berprasangka buruk..ape slhnya kalau kita mndoakan yg baik2..kan?
ReplyDeleteYg pasti...dia suddaaaa kaween....
ReplyDeleteaku...
melepaaas huhuhuuu.....
sokong gan lady...susah kalau mak mertua tak suka kita huhuhu...semoga pintu hati mak jejai terbuka jua untuk fasha...
ReplyDelete