»

03 May 2012

Alamak...Tertinggal Anak Di Gerai Makan!!



Petang tadi JR terbaca dalam satu blog rakan yang bercerita tentang Victoria Beckham yang tertinggal anak kat rumah. Begitulah bintang popular, tertinggal anak kat rumah pun boleh jadi berita hot.

Nasib baik Victoria cuma tertinggal anak kat rumah. Di rumah dia ada ramai pembantu, apa nak risau tertinggal anak kat rumah. 


JR pula ada pengalaman yang lebih dramatik mengenai tertinggal anak ni:

Suatu hari beberapa tahun lalu, isteri JR mengajak makan di luar rumah kami di Alor Setar. Kami keluar lepas solat maghrib. Kami ambik keputusan nak makan di gerai makan di luar Stadium Darulaman, sebab ada satu gerai yang menjadi favourite kami di sana. Semua anak kami ikut bersama. Anak bongsu kami ketika itu berusia 2 tahun. Anak yang lain berusia 3 tahun, 4 tahun dan dua orang lagi yang dah bersekolah. Jadi semua lima orang anak ikut (nak buat macam mana isteri jenis subur..anak ramai, alhamdulillah...)

Lepas makan, kami bertujuh masuk kereta (MPV). JR duduk di depan bersama isteri, yang lain duduk di barisan tengah dan belakang kereta. Biasalah budak-budak dalam kereta ketika tu, bergaduh sesama sendiri, bising dan bingit!!

Kami tak terus balik ke rumah kerana isteri nak beli sedikit barang di shopping complex. Mula-mula dia kata nak ke Pacific, tapi bila tiba ke situ, dia bertukar fikiran nak ke City Point pula. Berpusing-pusing mengalih hala la pula.

Bila tiba di depan City Point, JR yang turun dulu. Kemudian anak-anak turun kereta. Isteri masih dalam kereta membetulkan mekap.

Tiba-tiba JR sedar cuma empat anak saja yang turun kereta. Mana yang bongsu?

"Mana adik?" tanya JR.

Semua abangnya cari sekeliling kereta tapi tak ada.

"Ya Allah...kita dah tertinggal adik kat gerai ni. Macam mana boleh lupa ni?", jerit isteri JR panik dan mula nak menangis (biasalah pompuan..)

Dalam kereta isteri nampak panik satu macam. Maklumlah dah setengah jam tertinggal anak, macam-macam boleh jadi. Takut anak kena culik. Takut anak kena langgar kereta. Dia mungkin cuba cari kami, lintas jalan raya, ya Allah...macam-macam boleh jadi.

JR minta isteri bertenang, berdoa kepada Allah semoga anak selamat. Tapi dalam tenang-tenang pun hati JR berdebar kencang. Bawa kereta macam ribut. Warna lampu isyarat bukan keutamaan lagi. Dalam hati cuma nak cepat sampai ke Stadium Darulaman.


Setibanya di gerai Stadium, JR parking kereta dan terus berkejar ke gerai kami makan tadi. 


Tiba-tiba terlihat kelibat seorang kanak-kanak sedang menangis sambil ditenangkan oleh beberapa orang lelaki dan wanita. Alhamdulillah, anakku selamat!!


Dan terpacullah soalan-soalan lazim yang sukar dijawab dari mereka yang mengeremuni anak JR:


"Dah begitu lama baru sedar anak tak ada dalam kereta?"


"Macam mana boleh terlupa anak ni?"


"Di mana baru sedar anak tak ada dalam kereta?"


"Tadi masa nak jalan tak periksa dulu ke anak-anak naik ke belum?"


"Oooo..patutlah lupa, anak abang ni ramai..."

Sambil mengucap syukur kepada Allah, JR cuma mampu berterima kasih kepada pemilik dan pekerja-pekerja gerai yang membantu menenangkan anak JR yang menangis tak henti-henti tu. Kata mereka, ketika kami menaiki kereta anak JR memang ikut sekali tapi tiba-tiba dia berundur sebab terlihat seekor kucing. Ketika semua kami menaiki kereta, rupanya anak JR masih bersama kucing itu. Dan malangnya tak ada sesiapa antara kami yang menyedari masih ada yang tertinggal.

Apapun kejadian itu menjadi iktibar kepada JR supaya lebih berhati-hati. Mulai saat itu, sebelum kereta bergerak JR akan menghitung tiga kali: "1,2,3,4,5" sambil memerhatikan semua anak sudah ada dalam kereta. Bila dah pastikan semuanya ada, baru kereta bergerak...

5 comments:

  1. alhamdulillah...ank abg selamat. lama tu bang tetinggalnya....mujur juga tak jadi apa2.

    ReplyDelete
  2. hahhaha

    bukan lupa..takk perasannn...

    kueh

    ReplyDelete
  3. Lucu pun ada, macamana boleh terlupa? Dlm kereta sdg pikir masalah negara ke?

    ReplyDelete
  4. astaghfirullah hal'azimm..mengucap den baco ni hah! hahah

    ReplyDelete
  5. aish... bahaya betul.. lain kali kena hati-hati.. dunia skrg bukan semua org baik2..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....