»

24 May 2012

Berita Baik: iPad 4 Cuma RM999!!



Berita baik..berita baik..berita baik!!!

Mengapa perlu buang duit untuk beli iPad 3 yang dijual pada harga sekitar RM2,000 jika di pasaran kini sudah ada iPad 4 yang harganya cuma RM999

Yang JR maksudkan dengan iPad 4 ini ialah:


Yeah...1Malaysia Pad!!

Maklumat selanjutnya mengenai 1Malaysia Pad adalah seperti berikut:


PUTRAJAYA: MalTechPro Sdn Bhd pada Khamis memperkenalkan tablet pertama buatan Malaysia dikenali '1Malaysia Pad' yang dilengkapi aplikasi terkini dan skrin sesentuh.
Mensasarkan jualan awal sebanyak 5,000 unit dengan harga pengenalan RM999, tablet selebar 7 inci itu juga dilengkapi dengan kemudahan 1Malaysia Messenger.
Pengerusi Eksekutifnya Datuk Sohaimi Shahadan berkata menerusi kemudahan itu, pemilik tablet yang sama boleh berhubung secara percuma dengan pesanan ringkas, menghantar gambar, rakaman video dan rakaman suara.
"Tablet itu dicipta dengan pelbagai aplikasi tambahan yang mesra pengguna dan bercirikan identiti Malaysia di samping aplikasi sama yang terdapat pada tablet jenama lain," katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran di sini.
Sohaimi berkata tablet yang menggunakan sistem android itu juga dilengkapi dengan sambungan jalur lebar tanpa wayar dan 3G. "Syarikat kami juga bersedia untuk mengubah suai aplikasi itu mengikut kehendak pengguna yang ingin membeli dengan jumlah besar untuk kegunaan jabatan atau agensi masing-masing," katanya.
Selain itu katanya, pelajar institusi pengajian tinggi yang mempunyai kad diskaun siswa boleh membeli tablet tersebut dengan diskaun istimewa.
Mereka yang berminat boleh menempah secara dalam talian di laman web www.maltechpro.com atau mengunjungi ejen jualan yang terdapat di seluruh negara.-BERNAMA

2 comments:

  1. sekarang ipad dah murah....tapi tak best la pakai ipad...kata kawanlah...

    ReplyDelete
  2. Saya lebih senang pakai henpon cap ayam ni je hehehee :)

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....