Amaran kerajaan Malaysia: merokok membahayakan kesihatan.
Amaran JR: hanya mereka yang berani dibenarkan menonton video yang akan dipaparkan di bawah..
Pada Januari tahun lepas ibu JR meninggal dunia kerana penyakit diabetes. Sebelum itu kaki ibu JR telah dipotong atas nasihat doktor bagi mengelakkan kerosakan organ-organ lain yang boleh mengancam nyawanya. Tapi dua minggu selepas kakinya dipotong, potongan kedua pula terpaksa dilakukan kerana kerosakan di kakinya merebak dengan cepat sehingga ke paha. Kasihan ibu, kesan psikologi kerana kehilangan kaki sangat mengganggu jiwanya. Dia sering terlupa sudah tidak punya kaki dan kadang-kadang dia meracau ingin kakinya dikembalikan. Bukan sedikit air mata jantan JR tumpah ketika itu. Malah ketika menaip entri ini kesengsaraan ibu ketika itu masih tak dapat dilupakan...
Dan seminggu selepas kaki ibu dipotong untuk kali kedua, ibu pergi meninggalkan kami buat selamanya. Alfatihah...
Dan seminggu selepas kaki ibu dipotong untuk kali kedua, ibu pergi meninggalkan kami buat selamanya. Alfatihah...
Memang benar kata orang, ada yang boleh menghadapi kenyataan hilang sebelah tangan, tapi sukar menghadapi kenyataan untuk kehilangan sebelah kaki. Hilang satu tangan sekurang-kurangnya orang itu masih bebas bergerak, tapi hilang satu kaki dia hanya berkerusi roda dan sentiasa rasa resah dan bersalah kerana perlu menyusahkan orang bila memerlukan sesuatu (walaupun kami anak-anak tak pernah rasa susah).
Kaki pesakit diabetes: hanya tinggal kulit dan tulang...
Bagi korang yang masih sihat, jangan ingat diabetes tak boleh menyerang di kala usia masih muda. Pengalaman JR ketika menjaga ibu di hospital menyaksikan pelbagai kes diabetes, termasuk ada yang baru di sekolah menengah dah mengidap diabetes. Dan bila diabetes semakin merebak, sedikit luka di kaki boleh menyebabkan kecederaan yang besar dan mungkin ketika itu untuk menyelamatkan nyawa, kaki terpaksa dipotong.
Jangan ingat kerana korang ahli sukan, korang terselamat dari diabetes. Pemakanan juga perlu dijaga. Ipar JR yang pernah menjadi striker team bola digeruni di sebuah universiti di utara tanah air juga kini menderita kerana diabetes dan bergantung hidup dengan ubat yang perlu ditelan setiap hari sepanjang hayat.
Jangan ingat kerana korang ahli sukan, korang terselamat dari diabetes. Pemakanan juga perlu dijaga. Ipar JR yang pernah menjadi striker team bola digeruni di sebuah universiti di utara tanah air juga kini menderita kerana diabetes dan bergantung hidup dengan ubat yang perlu ditelan setiap hari sepanjang hayat.
Elok juga bagi mereka yang suka minum dan makan benda-benda manis terutama minuman dalam tin dan malas bersenam menyaksiakan video bagaimana doktor memotong kaki pesakit diabetes. Videonya ada di sini..
Jagalah kesihatan kerana kaki yang dianugerahkan Allah hanya dua dan jika ia hilang, tiada kaki ganti yang dijual di kedai runcit, pasar malam, pasar borong atau supermarket. Mungkin jantung, hati atau buah pinggang boleh diperolehi dari penderma, tapi bukan kaki..
Jaga pemakanan anda kerana seperti pesan Nabi Muhammmad s.a.w semua penyakit adalah berpunca dari perut..
Betul tue...JR kena jaga pemakanan kita...
ReplyDeletesalam, just nak berkongsi, bagi yg ada masalah kencing manis kritikal yg sampai nk potong-potong bahagian kaki atau sebagainya...sy syorkan jgn buat dulu sebab masih ada lagi jln agar tidak dipotong.....nak tahu lebih lanjut boleh masuk www.produksne.com.my
ReplyDelete