»

06 April 2012

Wanita Kuat Seks Punca Masalah Lelaki Sakit Lutut?


Salam buat semua pembaca blog JR.

Dah dekat seminggu JR tak berjoging. Puncanya kerana lutut agak sakit bila bergerak kuat. Setakat berjalan santai-santai biasa masih OK, tapi bila bergerak kuat...aduuuhh... Kalau digagahi juga joging, satu jam lepas tu datanglah rasa nyut..nyut..nyut berulang-ulang..Ini yang buat JR susah hati ni sebab JR dah jadikan joging sebagai pelengkap hidup, sama pentingnya dengan gosok gigi di pagi hari. 

Bila JR ke klinik, doktor minta buat x-ray dan selepas diperiksa doktor kata ada sedikit kecederaan pada tulang lutut. Kata doktor ia mungkin kerana aktiviti yang agak lasak yang menekan bahagian sendi lutut menyebabkan tulang rawan dan  ligament terkoyak. Nasihat doktor: cuba kurangkan  aktiviti lasak, kalau nak bersukan lakukan sukan yang tak terlalu menekan otot lutut seperti berbasikal.

JR cuba mencari beberapa maklumat mengenai sakit lutut ni dalam internet. Mana la tau ada ubatan atau rawatan yang sesuai. Tiba-tiba JR terbaca tajuk ni dalam satu blog:



Wanita Kuat Seks Punca Masalah Sakit Lutut
Wanita Kuat Seks Punca Masalah Sakit Lutut


JR baca entri dalam blog tu sampai habis untuk mengetahui apa kaitan antara sakit lutut dengan wanita kuat seks, misalnya adakah JR sakit lutut ni kerana isteri JR kuat seks? Tak kan pula cam tu kan...kelakar lah kalau itu sebabnya!!
Tapi sampai habis JR baca blog tu masih tak dapat jawapan apa kaitan sakit lutut dengan wanita kuat seks. Korang cubalah baca entri tu di sini...jika terjumpa ada kaitan antara sakit lutut dan wanita kuat seks, harap beritau JR..
Atau tajuk tu sengaja dibuat begitu sebagai pelaris?

1 comment:

  1. Macam2 cara nak naikkan ranking blog. Salah satu cara ialah membuat berita sensasi..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....