Salam pagi Sabtu buat semua pembaca blog JR.
Membaca tajuk entri di atas pasti ada yang mengutuk: apa punya tajuk yang JR bawa ni. Mengajak hack password orang bukankah sama dengan hukum mengajak mencuri, merompak dan menyamun?
JR pun seram juga terbaca entri kawan ni. Begitu mudah nak hack password FB dan Yahoo orang lain?
Bagi JR, kalau pun JR ada ilmu hack-hack ni semua, JR tak akan gunakan ilmu itu. Seperti juga walaupun pernah terjumpa dompet tercicir di depan mata, JR tak mengambilnya sebaliknya cuba mencari siapa pemiliknya...
Untuk apa kita menyusahkan orang, payah pula nak jawab di mahkamah Allah nanti...
Apapun pesan kawan kita tu boleh dijadikan panduan bagi melindungi password korang dari diketahui oleh orang lain yang kemudian akan sangat-sangat-sangat menyusahkan korang:
"...cuma nak pesan supaya apabila terima emel suruh update/kemaskini atau apa-apa sahaja sebab, janganlah buat seperti yang disuruh. Jangan log in/daftar masuk/sign in melalui emel. Sebaiknya taip sendiri alamat laman web tersebut. Sekali lagi, jangan log in melalui emel walaupun emel yang anda dapat itu daripada Facebook sendiri sebab itu adalah emel palsu menggunakan nama Facebook"
Untuk seterusnya, baca entri kawan kita tu di sini.....
NOTA: JR juga pernah tengok beberapa blog yang secara terperinci mengajar bagaimana nak hack password rakan lain. Mereka kata tujuan mereka bukan nak mengajar kita hack passsword orang lain, tapi cuma sebagai satu peringatan jangan lalai ketika di alam maya. Tapi cara mereka mengajar step by step bagaimana nak hack passwod orang pasti akan diambil kesempatan oleh mereka yang tak bertanggung jawab. Jika rambut sama hitam pun hati lain-lain, ini kan pula rambut generasi sekarang yang warna merah, pink dan hijau pun ada, hati lagi macam-macam....
Oooo..
ReplyDeleteJR Ada ilmu jadi hacker eh...
Nak hack-hack ni apa pekdah nye... ?
Kepuasan dpt mendajal? Tapi saya suka tengok movie2 hackers.. Hahah
ajar ckit... hi...hi...hi....
ReplyDeletenak jadi hacker la pasni..hehehhehe
ReplyDeleteAlamak muka Zora seram jg nampak.
ReplyDeleteAlhamdulillah sangat berterima kasih nu JR..terus terang selalku kena arah updated. Rupanya macam tu..tq syukran ya
sye punya fb xleh msuk sbb lupa yahoo mail.pls tolong
ReplyDelete