»

05 April 2012

Makan Roti Mayat Di Malam Jumaat


Salam buat semua pembaca blog JR

Cepatnya masa berlalu...Sedar tak sedar, malam Jumaat datang lagi menjenguk kita.


Korang dah makan ke malam ni, makan di malam Jumaat yang mulia ni? JR jarang-jarang makan nasi waktu malam. Bukan nak diet sangat...tapi dah terbiasa begitu. Kadang-kadang makan mee dan bihun, kadang-kadang cuma makan dua keping roti Gardenia wholemeal. Kalau kebetulan agak lapar, tambah sekeping lagi. Paling best cicah roti dengan kopi kurang gula. Tapi kadang-kadang makan begitu saja.

Isteri JR selalu merungut kerana asyik makan roti, penat masak nasi aje leternya, akhirnya cuma dia dan anak-anak yang makan nasi. Katanya nanti kalau kerap sangat makan roti, takut lama-lama jadi lembik macam roti! Tapi JR kata kalau nak jadi keras, bako aje roti tu, keraslah dia kan?

Selain dari roti wholemeal, JR juga suka makan biskut marie (entri dua hari lepas dah cerita..). Selain dari roti wholemeal dan biskut marie, ada satu lagi makanan bukan nasi yang JR suka: ROTI MAYAT...

Korang pernah makan atau sekurang-kurangnya dengar pasal roti mayat?

Roti mayat yang JR maksudkan tu bukan roti yang menyeramkan seperti ni:


Bukan, bukan...bukan yang itu, yang itu entah apa-apa punya roti tah...

Bagi korang yang berasal dari Utara Semenanjung, korang tentu tau di Utara   biskut kering juga dipanggil "roti". Macam biskut marie, bagi orang Utara terutama mereka yang veteran, ia dipanggil "roti marie", biskut chipsmore dipanggil "roti chipsmore" dan begitu seterusnya...

Sebenarnya "roti mayat" ialah biskut kering seperti ni:


Kadang-kadang orang Utara memanggil "roti mayat" seperti foto di atas tu sebagai "roti empat segi"

Mengapa ia dipanggil "roti mayat"?

Ini kerana masa dulu-dulu (masa zaman JR masih budak-budak), bila ada kematian di sebelah Utara, roti @ biskut kering inilah yang dihidangkan untuk tetamu yang datang menziarahi mayat. Selain dari roti @ biskut kering tu, tetamu juga akan dihidangkan kopi atau teh o panas. Kerana roti @ biskut ini sinonim dengan menziarahi mayat, lalu ia dipanggil roti mayat.

Tapi zaman dah berubah. Zaman mereka yang menziarahi mayat dihidangkan dengan makanan dan minuman ringan dah berlalu. Masyarakat mula sedar ia adalah amalan yang tak sesuai dengan ajaran agama kita. Keluarga si-mati yang sedang bersedih tak perlu dibebankan dengan penyediaan makanan dan minuman ringan. Oleh itu jika pergi menziarahi mayat di negeri-negeri Utara sekarang, kita tak akan nampak lagi roti mayat


Jika nak tengok ada tak ada roti mayat pergilah ke dapur, termasuk dapur rumah JR di mana roti mayat sentiasa  ada stoknya...

3 comments:

  1. Mula tengok pic, kecut perut..takut pun ada. Sebab memang pernah dengar orng makan orang, pernah dengar..pernah jg belajar. Roti mayat...betullah Jr selalunya inilah dihidangkan patutlah jadi Roti Mayat.
    Baru petang hari ni beli...

    ...) oder Nescafe! kat blog JR lah..
    Asalam. tq kongsi ada ilmu..

    ReplyDelete
  2. Ciiisssss!
    Mlm ni mlm jumaat kan JR.. Kan....
    Mula2 tadi baca Tajuk n3.. Mmg rasa tak nak baca..
    Sebab saya ni penakut. Hshahaha...

    Biskut kering rupanya.. Hehe
    Dari kecik, sampai besar, biskut kering tak boleh takde...
    Masa kat kolej, biskut ni peneman setia masa study..
    Sampai dah senja ni pun... Biskut kering jadi bahan kunyah tengok tv.. cicah kopi panas..
    Now saya dah tahu 2 perkara,, pek nga Dan biskut
    Mayat..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....