Foto di bawah ni bukan bertujuan nak malukan keluarga dia. Tapi jadikan peristiwa itu sebagai iktibar. Sesungguhnya bukan semua mereka yang ilmu agamanya tinggi tahap imannya juga tinggi. Dan bukan semua orang yang ilmu agamanya rendah, tahap imannya juga rendah. Dalam dunia ini jangan ada wanita yang mudah percaya kepada lelaki walau sealim mana pun penampilannya, kerana setiap ketika bila ada seorang wanita dan seorang lelaki pasti akan ada satu gerombolan iblis di tengahnya. Hanya iman yang kukuh menjadi benteng pemusnah iblis. Ingat itu..
Dan jangan pula berita di bawah ni menyebabkan kita percaya semua imam tak boleh dipercayai. Jangan pula buat drama TV yang memburukkan imam hanya kerana satu dua berita negatif yang tak mewakili keseluruhan sifat seorang imam. Jangan kerana seekor dua kerbau membawa lumpur kita ingat semua kerbau macam itu. Seperti juga jika ada seorang dua menteri kaki perempuan, jangan ingat semua menteri kaki perempuan.
Kebanyakan imam adalah mereka yang terbaik di kariahnya. Sebahagian besar imam sangat tinggi benteng imannya. Tapi jika sahabat Nabi yang begitu rapat dengan Nabi pun cuba digoda iblis, apa lagilah kita yang hidup di zaman 1,400 tahun selepas kewafatan Nabi.
Semoga Allah melindungi kita dan keluarga dari godaan iblis....
JOHOR BAHARU: "Sebagai seorang imam, tertuduh sepatutnya tahu mengenai hukum dan tidak patut melakukan perbuatan demikian. Tertuduh sepatutnya memberi contoh yang baik pada masyarakat dan juga menjaga nama baik institusi yang beliau wakili," kata Hakim Mahkamah Sesyen Nua'man Mahmud Zuhudi ketika menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 12 sebatan ke atas bekas imam sebuah masjid kerana kesalahan merogol remaja bawah umur.
Tertuduh didapati bersalah merogol mangsa di rumahnya di Jalan Camar 3, Taman Perling, di sini pada 21 Februari tahun lalu.
Hakim berkata tertuduh hanya menafikan dakwaan dia melakukan perbuatan jenayah tersebut dan gagal menyakinkan mahkamah dengan mengemukakan bukti prima facie
Nur Akmal yang telah berkahwin dan memiliki seorang anak berusia empat tahun pada mulanya kelihatan tenang namun gagal menahan emosi serta mengalirkan air mata ketika dia dipeluk oleh ahli keluarganya.
Timbalan Pendakwa Raya diwakili oleh Afif Ali sementara peguam bela Sukhaimi Mashud mewakili Nur Akmal. -BERNAMA
Apabila NAFSU mengusai segalanya..maka yang Haram pun akan dilanggar miskipun Taitle yang disandang mulia.
ReplyDeleteni lah pepatah liar ada mengatakan, lelaki kalah dgn 2 perkara;
ReplyDelete*Wanita dan Wang (bahasa sopan).
*tut..tut.. dan duit (kurang sopan).
mulalah ada yg ckp.. "klu mcmni pak lebai pun bukak kepiah"
Manusia mudah tewas dgn nafsu..
Untuk makluman Imam ini telah difitnah dan didapati tidak bersalah di Mahkamah Rayuan pada 19hb September 2013.
ReplyDelete