»

24 April 2012

Hampir-Hampir Kemalangan...Terima Kasih Tuhan!!


 
Malam ni JR hantar anak ke tuisyen. Cuaca memang tak baik semenjak dua menjak ni. Hampir setiap malam hujan. Malam ni pun hujan juga. Kalau sengaja nak keluar jalan-jalan tika hujan-hujan macam ni memang tak mau lah. Tapi kerana perlu hantar anak ke tuisyen, demi menambah ilmu, hujan lebat pun diterjah jua.

Lepas hantar anak ke tuisyen JR terus pulang ke rumah. Hujan masih lebat dan kasar. Dari cermin kereta yang kurang jelas ditimpa hujan yang sangat lebat, kelihatan deretan kereta dengan pelbagai tujuan.

Ketika tiba di suatu simpang hampir satu kilometer dari rumah, JR membelok ke kanan selepas pastikan tiada kenderaan yang menghalang laluan. Tiba-tiba terdengar satu hon kuat. Hampir-hampir lagi!!

Cuma jarak kereta JR dan kereta putih yang entah apa jenamanya (tak pasti kerana cuaca buruk) kira-kira dua meter. Jika JR terlewat sikit pasti dah berlanggar dengan kereta putih tu!!

Yang paling menyakitkan hati kereta itu tak pasang lampu.Bagaimana pemandunya bawa kereta dalam gelap dan cuaca seburuk ini tanpa memasang lampu? Gila betul! Dia pakai mata laser ke boleh nampak dalam gelap dan dalam keadaan hujan selebat ini? Mungkin lampu keretanya rosak? Tapi kalau lampu kereta rosak pun tak boleh berhenti seketika di tepi jalan atau di mana-mana tempat yang selamat ke? Kalau pun hang tu jenis manusia tak sayang nyawa, manusia berani mati, tak pernah terpikir ke nyawa orang lain yang tak berdosa. Damn!!

Ketika menulis entri ni hujan masih menderu-deru di luar rumah. Tapi cuaca  yang dingin di luar belum mampu menyejukkan hati JR sesejuk-sejuknya..

Apa pun syukur kepada Allah kerana tiada apa yang berlaku. Alhamdulillah...Allah masih sayangkan hambaNya....

10 comments:

  1. Alhamdulilah selamat.

    Kadang2 kita dah cukup behati2 tapi orang lain tak buat perkara yang sama ngna kita. Kecuaian orang lain yang mengundang malang buat kita.

    ReplyDelete
  2. inilah pemandu yg tak berhemah..di mana2 ni berlaku JR. Pernah tak org buka pintu kereta dia main tarik kuat2 ja, sedang kereta kita parking sebelah..DRUM!!! kena pula kereta kita, hai sakitnya hati..dia tak minta maaf pun. Sabar ja jadi penyejuk hati...

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah, nasib baik tak apa22..
    lebih kurang macam pengalaman saya, cuma saya kena lah accident tu..huhu

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.....Allah swt memberi kesempatan untuk bernafas lagi....

    ReplyDelete
  5. pemandu di Malaysia sgt kedekut nk buka lampu waktu siang kecuali waktu malam je.. padahal kalo belajar dlm buku undang2 jalanraya, lampu kereta perlu dipasang bila hujan (waktu siang).. hujan lebat atau x, memang kena pasang lampu...

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah nasib baik tkde apa-apa,

    ReplyDelete
  7. Syukur la JR selamat. Saya pun pelik dgn org yg tak pasang lampu masa ujan. Kalo ye pun mata dia power sgt, tolong la pemandu lain utk nampak dia ye tak? Lagi pun.... time hujan pun nak bawak laju. Tah hapa2.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah selamat...
    Saya agak takut memandu dlm hujan..
    Org tu mata dia ada power...boleh nmpk tu bang....hehee

    ReplyDelete
  9. Allhamdulilah ... bro pun jika hujan mmg amat sukar untuk memandu .. almaklum le rabun jauh ... cuma jika terpaksa memandu terpaksa lebih berhati-hati.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....