Seperti tak percaya...bapa orang terkaya nombor dua di Malaysia, atau terkaya nombor 89 di dunia, ada harta RM30 bilion, pemilik Astro dan Maxis, tapi anaknya, satu-satu anak tunggalnya cuma hidup sebagai sami di dalam kuil atas bukit jauh di dalam hutan...
Tapi begitulah dunia, bukan semua anak mahu hidup mewah seperti bapanya, ada yang mahu hidup sederhana, mengabadikan dirinya kepada Tuhan yang diyakininya.....:
GEORGE TOWN: Jutawan terkemuka, T. Ananda Krishnan meluangkan sedikit masa daripada kesibukan kerja untuk bertemu dengan anaknya, Ven Ajahn Siripanyo, seorang sami Buddha yang berada di Bukit Bendera.
Ananda Krishnan, orang paling kaya nombor dua di Malaysia membuka kasut untuk menemui anak yang berdiri memerhatikannya...
Dengan hanya berkemeja-T dan berseluar jean, taikun berusia 74 tahun itu tiba di tempat tumpuan pelancong itu dengan menaiki sebuah kereta mewah jenis BMW dan ditemani beberapa pengawal peribadi kira-kira pukul 9 pagi, Isnin.
Beliau dibawa ke lokasi yang tidak diketahui jauh di dalam hutan di Bukit Bendera di mana anaknya berada di situ bersama dengan 60 sami yang lain.
Difahamkan Ven Siripanyo adalah anak tunggalnya daripada perkahwinan terdahulu.
Akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Yit Poh merakamkan detik-detik pertemuan individu kedua terkaya di Malaysia itu bersama anaknya.
Ven Siripanyo dilaporkan berada di situ pada Ahad sebelum bermalam di sebuah bangunan ala kolonial di dalam hutan itu. Akhbar itu turut melaporkan Ven Siripanyo tunduk sebagai tanda hormat apabila melihat bapanya. Dia kemudiannya membawa bapanya ke sebuah taman di mana Ananda Krishnan mengambil gambar pemandangan sepanjang lawatannya.
Ananda Krishnan atau nama ringkasnya, AK mempunyai harta kekayaan bernilai RM29.66 bilion menurut majalah Forbes.
Beliau merupakan individu kedua terkaya di Asia Tenggara selepas Robert Kuok dan menduduki tempat ke-89 di dunia.
Beliau memiliki empayar multimedia termasuk dua syarikat telekomunikasi Maxis Communications dan Measat Broadcast Network Systems (Astro).
(Sumber: mStar)
bila sampai waktu, duit dan kekayaan bukan lagi segala2nya.
ReplyDeleteduit bukan segala galanyer...
ReplyDeleteAnak dia tak mengejar harta kot. Hanya nak ketenangan.
ReplyDeleteanak dia memilih untuk jadi sami daripada kekayaan.. duit bukan segala-galanya..main banyak duit..makin sukar untuk mendapatkan ketenangan..
ReplyDeletebenar kata ramai org,duit bkn segalanya ;)
ReplyDeletedah kaya sbb tu tak kesah jadi sami... tak kerja pun duit dah ada... sampai 7 keturunan pun tak abis makan harta bapak dia... ce kalau dia bukan anak org kaya, sure tengah berhempas pulas kerja cari duit untuk makan + hidup...
ReplyDelete