Malam tiba lagi...Dan bila malam tiba di penghujungnya pasti kebanyakan kita akan tidur....zzzzzz...(Kecuali yang kerja ikut shif malam, malam mereka berjaga, siang pula tidur)
Seperti korang tau, tidur normal untuk orang dewasa adalah antara 6-8 jam. Tapi JR sendiri jarang-jarang sangat dapat tidur selama 6 jam, biasanya cuma tidur sekitar lima setengah jam. Tapi bila sekali sekala dapat tidur lebih dari 6 hingga 7 jam, esoknya bila bangun pagi rasa sangat puas, badan rasa segar sekali. Korang bagaimana?
Tapi selain dari tidur mencukupi, satu lagi perkara penting dalam tidur ialah keadaan bilik ketika tidur. Ada orang tak boleh tidur dalam gelap...takut! Ada orang pula tak boleh tidur jika ada lampu yang menyala...katanya mengganggu!
Korang jenis mana: suka tidur dalam gelap atau cerah?
Tahukah korang, tidur dalam gelap atau cerah boleh mempengaruhi pengeluaran beberapa hormon penting dalam tubuh seseorang?
Hormon melatonin, contohnya, akan terganggu fungsinya jika kualiti tidur tidak mencukupi. Hormon ini bertanggung jawab mengatur koordinasi sistem tubuh agar berfungsi dengan baik. Jika fungsi ini terganggu, tubuh kita akan lebih mudah terkena penyakit.
Melatonin dikeluarkan oleh kelenjar pineal yang hanya aktif ketika matahari terbenam atau gelap. Di waktu itu pineal secara aktif mengeluarkan melatonin yang kemudian dilepaskan ke dalam darah. Selepas melatonin memasuki seluruh tubuh, ia akan menjalankan tugasnya bagi memperbaiki keseimbangan kimia, membina sistem kekebalan tubuh, mengatur kadar gula dan sebagainya.
Semakin gelap bilik tidur, makin baik kerana ia akan menghasilkan jumlah melatonin paling optimum di dalam tubuh. Dan jika tidur dalam gelap ini diamalkan setiap hari dengan jumlah tidur antara 6-8 jam, korang pasti akan lebih segar pada setiap hari.
Bagi yang suka tidur malam dalam cahaya lampu, cubalah padamkan lampu korang selama sebulan dan lihat kesannya!! JR menyatakan ini kerana telah mencubanya dan hasilnya memang lumayan....
Semoga info ini bermanafaat untuk korang.....
Bagi yang suka tidur malam dalam cahaya lampu, cubalah padamkan lampu korang selama sebulan dan lihat kesannya!! JR menyatakan ini kerana telah mencubanya dan hasilnya memang lumayan....
Semoga info ini bermanafaat untuk korang.....
Macam tau2 ja JR saya memang tidur tak berlampu, bila ada lampu rasa panas.Wow! tak sangka banyak kebaikan tidur dalam kelam gelap ya..ini info first saya baca tentang tidur dalam gelap.
ReplyDeleteTq JR
Saya boleh tido dalam dua-dua. Fleksibel kan? Heheh.
ReplyDeletedark room FTW!
ReplyDelete