Korang pernah dengar tentang suami hujung minggu (weekend husband) atau isteri hujung minggu (weekend wife)? Maksudnya ialah suami atau isteri yang cuma bertemu pada hujung minggu. Jika di Kedah, Terengganu dan Kelantan mereka hanya bertemu dan berperanan sebagai suami isteri dan berkongsi katil yang sama pada hari Jumaat dan Sabtu saja. Jika di negeri-negeri lain mereka hanya menjadi suami isteri pada hari Sabtu dan Ahad. Hari-hari lain masing-masing tidur di rumah berbeza dan di katil berbeza.
JR pernah mengalami hal ini beberapa tahun dulu. Ketika itu JR di KL, isteri pula di Alor Setar kerana masing-masing ada kerjaya sendiri. Kami cuma bertemu pada hari Sabtu dan Ahad, kemudian pada malamnya JR akan pulang semula ke KL. Memandangkan hari Ahad di Kedah ialah hari bekerja, kami berdua sebenarnya hanya sempat berduaan pada hari Sabtu saja. Jika bagi pasangan normal dapat tengok isteri dan anak-anak 365 hari setahun, JR cuma dapat menatapnya 52 kali sahaja setahun, kerana dalam setahun cuma ada 52 minggu!
Hampir tiap-tiap minggu JR akan pulang ke Alor Setar menjenguk isteri dan anak, kecuali jika ada urusan rasmi pejabat yang tidak mengizinkan JR pulang ke Alor Setar. Untuk menjimat perbelanjaan, JR menaiki bas ketika berulang alik dari KL ke Alor Setar pada setiap hujung minggu.
Hampir tiap-tiap minggu JR akan pulang ke Alor Setar menjenguk isteri dan anak, kecuali jika ada urusan rasmi pejabat yang tidak mengizinkan JR pulang ke Alor Setar. Untuk menjimat perbelanjaan, JR menaiki bas ketika berulang alik dari KL ke Alor Setar pada setiap hujung minggu.
Berbagai dugaan semasa berulang alik dari KL ke Alor Setar yang memakan masa selama lima tahun itu. Bas rosak, bas lambat datang, terlepas bas dan tiket burn begitu saja, berbuka puasa atas bas dan banyak lagi pengalaman pahit. Perbelanjaan memang berkali ganda, maklumlah di KL perlu bayar sewa rumah, di Alor Setar juga perlu bayar ansuran pinjaman rumah. Makan minum lagi, perbelanjaan recah...ia memang menyebabkan poket cepat kering..
Yang paling mencabar kesabaran ialah bila anak isteri sakit. Bila nak balik untuk jenguk keluarga, dah isi borang cuti kecemasan, tapi boss (perempuan) yang tak pernah kawin dan tak pernah paham masalah keluarga itu tak benarkan bercuti. Rasa nak pengsan dan nak tumbuk saja muka boss ketika itu! Tapi apa boleh buat, dia boss, kita cuma pegawai bawahannya. Mau tak mau, isteri nak bersalin pun terpaksa pergi sendirian ke hospital macam ibu tunggal pula. Lepas seminggu isteri bersalin baru boleh balik tengok baby baru, itu pun cuma dapat cuti beberapa hari. Bila anak sakit dan masuk wad juga keadaan yang sama berulang - susah nak dapat cuti tengok anak. Ketika itu rasa nak resign saja, tapi kalau dah resign bukan senang nak dapat semula kerja dengan pendapatan sebegitu. Jadi sabar aje lah dengan semua dugaan, termasuk sindiran keluarga sebelah isteri.
Memang banyak dugaan bila suami di tempat lain, isteri di tempat lain. Tapi demi keluarga tercinta, setiap hujung minggu JR tetap pulang. Letih tak letih itu soal lain, perkara paling penting mendampingi keluarga walau cuma seketika...
Satu kali tu pula rumah JR di Alor Setar pernah kena samun. Banyak wang dan barang kemas isteri kena kebas. Sedih sungguh kerana isteri dan anak-anak terpaksa menghadapi saat-saat cemas itu sendirian tanpa ada ketua keluarga (JR) yang ketika itu sedang tidur nyenyak di KL. Apa pun, alhamdulillah, tiada yang tercedera dalam kejadian itu.
Memang banyak dugaan bagi weekend husband & weekend wife, hanya mereka yang pernah mengalami memahaminya. Tapi dugaan terbesar ialah bagaimana membendung gelora cinta dan nafsu. Tak payah bersembunyi di balik ayat-ayat bombastik, kerana setiap lelaki dan wanita normal pasti punya nafsu. Apa lagi suami isteri yang tinggal berjauhan, dugaan dan godaan memang banyak. Jika mengikut nafsu bukan saja lesu, tapi akan tercatatlah momen-momen hitam bertanda dosa yang akan direkodkan oleh malaikat Atid.
Bila hari ini JR terbaca berita di bawah ni, JR sebagai manusia yang pernah menjadi weekend husband sangat memahaminya mengapa ia terjadi:
KUALA LUMPUR: “Mana boleh tahan hidup macam tu... kalau setahun dua mungkin tak apa, tapi ini hampir lima tahun,” kata Shima, 29, yang mendakwa terseksa zahir dan batin kerana hanya bertemu suaminya sekali seminggu.
Bukan kerana suami mempunyai isteri atau kekasih lain, tetapi disebabkan terlalu sibuk dengan tugasnya sebagai jurutera yang memerlukannya sering ke luar daerah dan hanya pulang seminggu atau dua minggu sekali.
“Saya bagaikan isteri hujung minggu. Ada suami tapi hanya seminggu atau dua minggu sekali bertemu. Sehari selepas itu, saya ditinggalkan lagi. Begitulah rutin rumah tangga kami. Lama-kelamaan saya menjadi jemu dengan kehidupan sebegitu,” katanya kepada Metro Ahad.
Walaupun hidupnya dilimpahi kemewahan kerana pendapatan suaminya lumayan, ia tidak memadai buat Shima yang terperuk di rumah sendirian.
Selepas hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, dia yang sering kesunyian disebabkan kesibukan suami dengan tugas, mula mencari keseronokan di luar. (sumber: mymetro)Syukur alhamdulillah...semasa menjadi weekend husband & weekend wife selama lima tahun itu, JR dan isteri tak pernah terjebak dalam kancah cinta terlarang seperti wanita dalam berita di atas. Malah dalam kekangan waktu yang cuma dapat bertemu sekali seminggu, dalam keletihan setiap minggu berulang alik sejauh 450 km, ia tak menghakis cinta kami dan sebagai buktinya dalam kalut-kalut tu sempat juga isteri JR mengandung anak perempuan kami, huhuhu....
tahniah buat abg JR kerana kekuatan kesetian dlm hubungan kekeluargaan.
ReplyDeletemmg tak di nafikan....byk dugaan...kalau ikut kata nafsu...abis laa...
*kesetiaan
ReplyDeletedugaan menguji kesetiaan pd takdir Allah n cinta kpd manusia..Alhamdulillah abg JR seorng yg tabah =D
ReplyDeleteJR ni org berpengalaman. Tahniah tabah, apapun ada hikmah kala berjauhan, dekatkan diri padaNya. Kasih sayang semakin hangat. Sekarang ni ramai istilah suami isteri macam tu, dalam lingkungan keluarga saya, adik2 yg baru kahwin ini lah situasi..
ReplyDelete