Ehem..ehem..sori JR ada satu soalan nakal (khas untuk wanita): korang dah berkhatan ke?
Sekali lagi sori...soalan ni sebenarnya ada kaitan dengan isu wanita berkhatan yang JR jadikan tajuk entri di tengahari panas ni.
Jangan tak tau ye, lelaki memang dibolehkan berkhatan, tapi wanita tak dibenarkan berkhatan. Amalan khatan wanita diharamkan oleh undang-undang kerana ia boleh menyebabkan maut! Jika ada wanita yang dikhatankan secara diam-diam, walaupun dah tau diharamkan mengikut undang-undang, siaplah....mereka yang bertanggung jawab mengkhatankan wanita boleh dihukum berat penjara selama 14 tahun!
Sekali lagi sori...soalan ni sebenarnya ada kaitan dengan isu wanita berkhatan yang JR jadikan tajuk entri di tengahari panas ni.
Jangan tak tau ye, lelaki memang dibolehkan berkhatan, tapi wanita tak dibenarkan berkhatan. Amalan khatan wanita diharamkan oleh undang-undang kerana ia boleh menyebabkan maut! Jika ada wanita yang dikhatankan secara diam-diam, walaupun dah tau diharamkan mengikut undang-undang, siaplah....mereka yang bertanggung jawab mengkhatankan wanita boleh dihukum berat penjara selama 14 tahun!
Sebelum korang yang wanita tu pengsan kerana pernah berkhatan masa kecik-kecik dulu, baca berita dari London ni dulu....:
LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 wanita di Britain dilaporkan berkhatan dengan pengamal perubatan di Britain yang menawarkan untuk menjalankan prosedur terbabit secara haram terhadap golongan budak perempuan seawal usia 10 tahun.
Sekumpulan wartawan dari Sunday Times berkata bahawa mereka merakamkan secara rahsia seorang doktor, doktor gigi dan pengamal perubatan alternatif yang didakwa bersedia untuk menjalankan khidmat khatan berkenaan atau mengatur supaya pembedahan dijalankan. Doktor dan doktor gigi terbabit menafikan mereka melakukan sebarang kesalahan.
Amalan berkenaan yang membabitkan pembedahan membuang alat kelamin dalaman dan dalam beberapa kes menjahit bukaan faraj adalah haram di Britain dan boleh membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun. Ia juga bertentangan dengan undang-undang untuk melakukan pemotongan genitalia wanita (FMG).
Amalan yang dikenali sebagai ‘memotong’ secara tradisi dijalankan atas alasan budaya di Afrika dan dengan meningkatnya jumlah imigran dari negara seperti Sudan, Somalia dan Habsyah ia menjadi semakin biasa di Britain.
Ia dipercayai bertujuan untuk membuktikan ‘kesucian’ seorang gadis apabila mereka berkahwin. Pesakit biasanya jarang diberikan ubat bius dan akan mengalami kesakitan.
Kajian mendapati bahawa setiap tahun lebih 22,000 gadis di Britain dan lebih 6,000 di London berisiko terhadap prosedur yang mungkin boleh membawa maut itu.
Sebuah pertubuhan kebajikan yang berkempen menentang FGM, Forward menganggarkan bahawa sebanyak 100,000 wanita di United Kingdom melakukan khatan.
Model Waris Dirie, yang mendakwa pernah melakukan khatan ketika kanak-kanak adalah antara mereka yang bersuara lantang menentang amalan itu.
Beliau yang menggesa tindakan tegas terhadap FGM berkata: “Jika seorang gadis kulit putih didera, polis akan datang memecah pintu. Jika seorang gadis kulit hitam dikhatan, tiada siapa yang mengambil berat terhadapnya. Ini yang saya sifatkan sebagai perkauman.” – Agensi
JR: Dah berapa ribu orang wanita Islam yang mati kerana berkhatan di Britain? Dah berapa juta pula wanita Islam yang mati kerana berkhatan di Malaysia? Jawapannya di Malaysia jumlah wanita yang mati kerana berkhatan ialah 0..0..0..Tak pernah dengar ada wanita yang meninggal di Malaysia kerana berkhatan!
Wanita potong alat kelamin lelaki sampai putus pun tak pernah dengar ada yang meninggal, ini kan pula memotong alat se ciput itu di vagina wanita. Karut betul mereka yang tak faham tentang Islam ni....
Wanita potong alat kelamin lelaki sampai putus pun tak pernah dengar ada yang meninggal, ini kan pula memotong alat se ciput itu di vagina wanita. Karut betul mereka yang tak faham tentang Islam ni....
kita kena explain.. bg depa paham.. hehehe..
ReplyDelete*ulasan komen :yes, ramai ckp ulangan tazkirah yg sama kat tv.. tapi ramai tak pernah buat mcm dlm tazkirah walaupon hari2 ulang.. huhuhu.. *
me, lari p solat time iklan sebab iklan tv3 lama.. ahaksss~
Haa betul3....
ReplyDeleteDi malaysia blom pernah denga lagi org pompuan mati sebab berkhatan.....huhuhuu
Mcm la berkhatan utk pompuan tu kena potong semua bahagian. Secoit je. Kalau tgk budak pompuan yg tak berkhatan, perangainya agak tak senonoh berbanding dgn yang berkhatan.
ReplyDeleteu always have the knack to pick up weird but interesting stories,don't you JR?hehe... good day to you,mate!
ReplyDeleteBeginila taktik Yahudi nak braiwash umat Islam kononnya pompuan bersunat tu kejam, hilang nafsu seks, melanggar hak asasi,FGM dan macam2 lagi supaya remaja2 muslimah bergaul bebas dan rosak akhlak, gedik dan gatal bijik seperti mereka.
ReplyDeleteRamai jugak umat Islam diM'sia yg terpengaruh dan tidak sunatkan anak2 pompuan zaman skrg. Masaalah sosial, buang anak, bohsia pun makin menjadi2. Yg bersunat pun sekadar buat syarat aje bukannya potong sedikit hujung kelentit seperti yg disarankan dalam Islam.