»

25 April 2012

Artis Wanita Miliki Banglo 3 Tingkat RM4 Juta..Tahniah, Tahniah!!!

Korang percaya tak ada artis wanita kita yang mampu membeli rumah banglo tiga tingkat bernilai RM4 juta? Mengapa tak percaya, ingat artis kita sengkek sangat ke? 

Jangan bandingkan artis kita dengan Allayarham Seniman Agung P.Ramlee yang cuma tinggal di sebuah rumah kecil Jalan Ulu Kelang atau penyanyi evergreen Jamal Abdillah yang satu masa hanya menumpang di rumah Pengasih?

Siapa mereka jika dibandingkan dengan artis-artis kita yang sangat popular hingga ke planet Marikh tu?

Mengapa heran jika ada artis wanita memiliki banglo tiga tingkat bernilai RM4 juta? Bukankah artis kita dibayar mahal oleh produser kita - lebih mahal dari bayaran yang diterima oleh artis Hollywood, Bollywood  atau Playwood? Lagi pun artis kita memang popular, lebih popular dari artis Hollywood, Bollywood dan Playwood, sekali berlakon dibayar RM10-RM20 juta, dengan wang sebanyak itu mereka pasti bukan saja boleh beli banglo tiga tingkat RM4 juta, rumah banglo 20 tingkat RM400 juta pun mereka boleh beli kan?

Jadi jangan heran jika ada artis kita mampu beli banglo RM4 juta, jangan nak fitnah dia bahwa banglo itu dihadiahkan oleh seorang Menteri. Dekat pilihanraya ni banyak kabar angin yang suka memburuk-burukkan Menteri kita, sedang Menteri kita semuanya baik-baik belaka, pijak atok semut pun tak mati. Tak seperti Menteri-Menteri di luar negara seperti Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman yang dibenci rakyat hingga mereka memberontak dengan kehidupan mewah Menteri-Menteri mereka.

Bersangka baiklah sikit dengan artis kita ni. Mereka kerja teruk, tidur tak cukup, ramai yang solat pun tak sempat kerana siang malam berada di set penggambaran, jadi janganlah cemburu dengan wang berjuta-juta yang mereka miliki.

Jangan bersangka buruk kepada artis kita, nanti korang kena saman malu baru tau!!

Oleh itu abaikan berita ini jika ia tak benar:


rumah RM4 juta artis ada hubungan dengan menteri? [gambar]

Banglo 3 tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The Valley, Taman Bukit Indah, Ampang

KUALA LUMPUR: Seorang artis yang didakwa mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga RM3 juta mulai awal bulan ini.

Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik pelakon yang dikaitkan dengan seorang menteri kabinet.

Menurut sumber, rumah tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal April lalu.

Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.

Bagaimanapun, sumber itu memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama salah seorang ahli keluarganya.

Bagaimanapun segala urusan berkaitan ubahsuai rumah itu dilakukan oleh artis berkenaan.

Tinjauan Harakahdaily mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.

Sumber turut menyatakan, pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.

Dalam pada itu, beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang artis hanya dalam tempoh empat bulan.

Beliau mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi artis terbabit.

Menteri dan artis nafi

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.

Mohd Shafie kelmarin menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.

Pelakon berkenaan, Zahida juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan. - harakahdaily

notasemut : rasanya dah boleh teka siapa artis yang dimaksudkan. kakaka. nasib la. dekat dekat pilihanraya scene bongkar membongkar ni memang standard. kadang kadang kita tak cari pun info tu datang sendiri.


(sumber: di sini...)

6 comments:

  1. btol ke tidk..huhuhuh

    ReplyDelete
  2. dua2 menafikan.. best jgk jadik artis ni.. ada je nak sponsor.. haha kaya2..

    ReplyDelete
  3. umno skrg dan artis mana boleh dipisahkan...

    kueh

    ReplyDelete
  4. Aihhh.... tak mungkin...tak mungkin. Tak mungkin mereka ada scandal. Takkan la Safie Apdal nak buat keja yg tak bermoral tu. Dia kan manusia mulia. Menteri kan pemimpin. Pemimpin mestilah seorang yg baik akhlaknya. Zahida pun muka 'cun giler'. Langsung 'tak suntik botox'. Muka Zahida tu memang laku pun kalau nak dijadikan heroin semua filem melayu. Tengok la dia pun laku kan sekarang. Semua produser berebut nak amik dia berlakon. Hahahah.

    ReplyDelete
  5. besarnya rumah dia...wah!! duit bisnes nie..pikir +ve la kan :)

    ReplyDelete
  6. umno dan skandal mana boleh dipisahkan.malangnya benda ni didedahkan masa dekat pilihanraya.bila semakin hampir membuang undi nanti lagilah banyak didedahkan kisah skandal menteri.kalau tak didedahkan pun rakyat tau siapa pemimpin mereka.bila masa memangkah di bilik undi tu sampai, tau lah kami nak ajar mereka.bagi BRIM kami ambik, bagi undi no no no no no, um-no!!!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....