»

10 April 2012

Hakim Menangis Di Mahkamah Dan Tolong Pencuri Bayar Denda



Salam buat semua pembaca blog JR.

Malam ni JR nak hidangkan korang sebuah kisah benar yang berlaku di Kab Prabumulih, Lampung, sebuah bandar di selatan Sumatra, Indonesia. Kisah ini menunjukkan tidak semua Hakim yang cuma merujuk kepada buku undang-undang sampai hilang sifat-sifat kemanusiaan dan belas kasihannya. Rupanya di zaman siber ini masih ada  Hakim yang penuh sifat belas kasihan seperti kisah hakim-hakim dalam cerita dongeng zaman dulu.


Di ruang sidang pengadilan, Hakim Marzuki dengan khusyuk kelihatan menyemak kes seorang nenek yang dituduh mencuri beberapa biji ubi. Nenek itu merayu kesnya dipertimbangkan Hakim kerana hidupnya miskin, anak lelakinya pula sakit, manakala cucunya pula kelaparan. Katanya dia terpaksa mencuri ubi tersebut untuk mengisi perut cucunya yang sedang menangis kelaparan. Bagi Pendakwaraya nenek itu perlu dihukum, tidak kira apa alasannya dia mencuri supaya menjadi iktibar kepada warga lain di kota itu. 

 
Nenek ini terpaksa mencuri....



Hakim Marzuki menghela nafas dan akhirnya membaca penghakimannya: "Maafkan saya", katanya sambil memandang nenek itu dengan mata berkaca, "Saya tak dapat membuat pengecualian hukuman terhadap anda, undang-undang  tetap undang-undang, jadi kerana mencuri anda harus dihukum. Saya mendenda anda 1juta rupiah (RM336.00 ) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 30 bulan, seperti yang dituntut Pendakwaraya". 

Nenek itu kelihatan tertunduk lesu mendengar hukuman tersebut kerana dia tidak  punya wang sebanyak itu untuk membayar denda. 

Selepas menjatuhkan hukuman, Hakim Marzuki dilihat membuka topi hakimnya, mengeluarkan dompetnya, kemudian mengambil wang 1juta rupiah dan memasukkannya ke dalam topi itu sambil  berkata kepada hadirin:

"Saya atas nama pengadilan juga menjatuhkan denda kepada tiap orang yang hadir di ruang sidang ini sebanyak  50 ribu rupiah (RM17.00) seorang, sebab anda sebagai penduduk kota ini bersalah kerana membiarkan seseorang kelaparan sampai harus mencuri untuk memberi makan cucunya. Pembantu Mahkamah, sila kumpulkan dendanya dan masukkan dalam topi saya ini dan serahkan semua hasilnya kepada defendan." 

Ketika Hakim Marzuki meninggaikan ruang sidang, nenek itu kelihatan meninggal mahkamah sambil membawa  balik wang 3.5 juta rupiah (RM1,175.00) yang diperolehinya daripada denda kepada mereka yang hadir mengikuti perbicaraan. Pendakwaraya kelihatan tersipu malu kerana bukan saja tuntutannya untuk mendenda nenek itu tidak percaya, sebaliknya dia juga  terpaksa membayar 50 ribu rupiah kepada nenek tersebut.

(Sumber: Bacarito)

JR: Masih adakah spesis hakim yang sifatnya seperti ini di dunia, termasuk di Malaysia??


5 comments:

  1. Pernah bace seblmni. Kesian kan mak cik tu... Tp nasib baik hakim ade sifat perikemanusiaan

    ReplyDelete
  2. hoho...ok...cerita ni sangat setailo! terharu dan respect at the same time! :D

    ReplyDelete
  3. mulianya hati hakim tu

    ReplyDelete
  4. :) If there were still people like him/her in this world, especially in Malaysia. Terharu mendengar kisah ini.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....