»

10 April 2012

Aaron Aziz Makhluk Perosak!!


Salam tengahari Selasa buat semua pembaca blog JR

Korang ni peminat Aaron Aziz ke? Kalau peminat Aaron Aziz tentu korang tak suka dengan tajuk entri JR tu. Tentu korang kata JR jealous kerana  pelakon yang boleh tahan kacaknya tu  menang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2011 pada Ahad lalu. Aaron menang anugerah, sedang JR tak menang anugerah apa-apa malam tu kecuali anugerah suami paling macho yang dianjurkan oleh isteri JR, huhuhuhu...


Korang nak marah pun marahlah, korang nak kata apa pun katalah, JR tak kisah. JR tak perlu kisah kerana yang kata Aaron perosak tu bukan JR. 

Yang kata Aaron Aziz perosak dalam Twitternya tu ialah orang ni:


Zed Zaidi yang kata Aaron Aziz merosakkan industri seni negara. Apa yang menyebabkan Zed kata Aaron merosakkan industri seni Malaysia? Hanya kerana Aaron warga Singapura lalu dia dilabel sebagai perosak industri seni Malaysia?  Apa hubungannya status sebagai warga asing dengan seniman perosak? 


Jika artis kita menang dalam anugerah seni antarabangsa yang dianjurkan oleh negara lain adakah mereka juga perosak kepada negara itu? P.Ramlee, Sudirman Hj Arshad, Datuk Siti Norhaliza dan ramai lagi artis kita pernah menang dalam anugerah yang dianjurkan oleh negara luar, mengapa rakyat di negara-negara itu tak menganggap artis kita sebagai perosak seni negara mereka, tapi bila artis luar menang dalam anugerah yang dianjurkan oleh negara ini dia dianggap sebagai perosak seni negara kita?

JR tak ada jawapannya untuk itu. JR tak tau mengapa Zed berkata seperti itu. Nak kata dia cemburu kerana zamannya menjadi hero telah berlalu, rasanya tak pula kot. Nak kata dia tak matang pun tak juga kot, kerana mana mungkin orang yang seusia dengannya masih tak matang. 

Apapun yang pasti industri seni kita yang sekecil tempurung ini sering digegar kontroversi yang membuat kita tak kering gusi....

3 comments:

  1. Dah kalo zed zaidi tu hebat sangat, ngape dia tak menang anugerah tu? Hehehe.

    ReplyDelete
  2. dia x profesional kalau kritik macam tuu , nak2 dlm twitter .. hurmm dah lah timb presiden , come onlahhh aaron dah ramai peminat , dia org melayu juga cuma bukan malaysian .. so x salah kan

    kalau salah kenapa x cakap org yg mencalonkan dia sbgai org yg merosakkan industri seni .. x fikir ke kritikan anda itu terlalu berat ..
    MEROSAKKAN INDUSTRI SENI !!
    aaron buat ape sampai kuar perkataan macam tuu .. adehhhh dimana professionalism uu as vise president of seniman ???

    ReplyDelete
  3. Zed patut malu sebab tulis mesej gini!!!!
    dah bagus da orang "luar" dtg membantu menaikkan interest locals untuk tengok cerita local,bukan nak berterima kasih tapi mengutuk...bangang!

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....