»

11 April 2012

Baru Hari Ni Aku Tahu Rupanya Aku Hantu Yang Dah Mati 12 Tahun Lalu!!!



Salam Rabu yang hangat dari JR buat semua pembaca blog ni.
Apa kabar? Harap sempena cuti umum hari ni diisi korang dengan aktiviti-aktiviti berguna.
Tengahari ni JR nak ceritakan kisah benar tentang seorang warga emas yang tidak tahu rupanya selama ini dia cuma MAYAT, dia cuma HANTU!! Dah 12 tahun rupanya dia mati tanpa menyedarinya langsung kerana dia masih aktif dan bernafas seperti biasa.
Beberapa hari lepas Abdullah @ Abd Lah Ujang, 65, pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Jempol untuk mendaftarkan kematian isterinya.
“Saya terkejut dan bagaikan tidak percaya apabila pegawai JPN memberitahu saya tidak boleh daftarkan kematian­ isteri saya, disebabkan saya sudah meninggal dunia pada 1 September 2000. Tarikh saya direkodkan meninggal dunia itu sebenarnya tarikh saya bersara sebagai anggota polis,” kata Abdullah kepada Sinar Harian di kediamannya di Taman Seri Serting, Bandar Baru Jempol.

‘Meninggal dunia’ punca BR1M ditolak
"Saya masih hidup, mengapa mereka kata saya dah mati??"
Bapa lima anak itu kemudian­ dinasihatkan pegawai JPN membuat surat akuan sumpah mengesahkan dia sebenarnya masih hidup.
“Saya harap JPN selesaikan masalah saya dengan cepat. Saya bimbang ia menjejaskan peluang saya mengundi pada pilihan raya umum nanti,” katanya.
Macam-macam dalam dunia ni kan? Ada yang masih hidup seperti Abdullah dalam cerita di atas tapi didaftarkan sebagai mati dan ada pula yang sebaliknya. Seperti kawan JR empat tahun lepas ketika hampir pilihanraya umum ke-12. Ketika sedang menyemak namanya dalam daftar undi SPR, tiba-tiba secara suka-suka dia teringat nak periksa nama bapanya yang telah meninggal beberapa tahun lepas. Terkejut bukan main dia kerana nama bapanya masih wujud dalam daftar mengundi, walaupun bapanya telah lama mati. 
Kemudian baru dia tahu bukan bapanya seorang saja, tapi banyak juga kes orang yang sebenarnya mati tapi orang mati itu masih boleh mengundi kerana namanya masih ada dalam daftar mengundi. Patutlah ada pengundi hantu bila orang hidup menggunakan nama orang mati untuk mengundi....

No comments:

Post a Comment

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....