»

05 April 2012

Dah Tau Hukumnya Haram Tapi Pak Haji Pak Lebai Masih Hisap...


Salam pagi Khamis buat semua pembaca blog JR

Korang merokok tak? Ayah, abang, ibu, kakak, suami, tunang, rakan korang merokok tak? Jika tak merokok seperti JR baguslah, kerana merokok ni lebih banyak buruk dari baiknya.

Tapi jika mereka merokok, cuba korang tanya mereka: mengapa masih merokok jika dah tau merokok itu hukumnya HARAM mengikut Islam? Tanya mereka susah sangatkah nak berhenti melakukan benda-benda haram seperti merokok? Jika mereka boleh menghindari makan babi dan minum arak yang juga hukumnya haram, mengapa larangan merokok tak diindahkan? Mengapa?

Hukum merokok itu haram di sisi Islam sangat jelas. Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Mac 1995 telah mengeluarkan fatwa amalan merokok itu hukumnya HARAM mengikut Islam:


Malangnya walaupun fatwa merokok HARAM ni dah 16 tahun berlalu, jika budak baru lahir pun bila 16 tahun dah belajar kat Tingkatan Empat, tapi masih ramai orang Islam yang merokok tanpa rasa bersalah.

Bukan saja di rumah, di tempat kerja, sekolah, malah hospital (merokok sembunyi-sembunyi), di surau dan masjid pun ramai orang yang merokok sebelum dan selepas solat. Surau tempat JR selalu pergi berjemaah, Pak Imam yang berserban besar itu pun merokok juga. Bukan merokok di rumah tapi di perkarangan masjid setiap kali lepas solat. Kadang-kadang mulut rasa gatal teringin nak tanya: 'Apa perasaan Pak Aji lepas mengimami solat melakukan benda-benda haram?' 

Tapi lepas itu terfikir kalau tegur orang yang tinggi ilmu agamanya tu pasti akan menimbilkan polemik dan mungkin kebencian berpanjangan. Jadi lebih baik diam aje...dan itu adalah selemah-lemah iman...

Pada suatu hari tu ada seorang penceramah jemputan di surau tiba-tiba membangkitkan hukum haram merokok di sisi Islam. Maka ramailah yang JR nampak seperti tak selesa dengan kandungan ceramahnya yang menyindir mereka yang masih merokok itu.

Beberapa hari lepas penceramah itu datang memberi ceramah, bau asap rokok tidak lagi menyesakkan dada di luar pekarangan surau setiap kali lepas solat. Tapi selepas satu dua minggu, mereka kembali merokok, termasuklah Pak Imam sendiri. Seperti mencurah air di daun keladi!!

Rupanya bukan senang nak meninggalkan sesuatu yang telah lama menjadi amalan seseorang. Patutlah ada kaki zina tapi lepas balik haji masih menyambung kerja haramnya. Patutlah penagih dadah yang masuk Pusat Pemulihan Dadah dan disahkan tak ketagih lagi, tapi lepas dibebaskan kembali menagih. Patutlah ada penyamun yang lepas kena penjara masih mengulangi jenayahnya. Patutlah...seperti juga Pak Haji dan Pak Lebai yang sukar nak membuang tabiat merokok, walaupun tau hukumnya HARAM....

Rupanya bukan mudah membuang perkara-perkara yang telah menjadi amalan seseorang sejak sedari dulu. Kesiannya mereka kerana tak berjaya berubah....


6 comments:

  1. Org kata : Muka boleh ubah jadi cantik, jadi tampan, tapi kalau dah perangai.. Dah jadi darah daging.. Susah nak berubah. Betul ke?

    ReplyDelete
  2. Nak buat mcm mane... Nasihat la bergunung-gunung ape yg die org suka semuanyer baik pd die org...

    ReplyDelete
  3. Haram merokok ni mereka tak pandang serius sbb derang tak rasa kesan buruk daripada rokok tu kot. Kan kalo babi tu haram, tau plak nak geli. Then arak tu haram, tau plak nak jauhi. Tapi rokok tak reti plak.

    ReplyDelete
  4. kataakan taknak ! hahaha

    ReplyDelete
  5. baru terbaca entry ni..pasal rokok.
    Alhamdulillah rupanya JR tak hisap. Tahniah ya..di Masjid tempat saya ada info besar menyatakan fatwa tu.

    Masaalahnya undang2 tak ketatkan sangat hal benteras Rokok, ialah masih ada menjual dan lebih parah di area kami ramai jalanan jual rokok sembunyi, round2 bandar...
    Memang bahaya asap rokok tu...ibu mengandung jika merokok alamatlah ada kesan x baik pada baby..

    ReplyDelete
  6. Tok guru pun pernah kata rokok ni memudaratkan dan haram, tapi nampaknya inilah satu-satunya fatwa yang pengikut tegar pun tak akan ikut.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....