Pagi tadi JR ke Klinik Bandaran, Alor Setar kerana berjumpa doktor. Orang agak ramai. Sementara nak tunggu giliran tiba, JR ke gerai dekat tempat parkir kereta yang terkenal dengan harga makanannya yang agak murah. JR pilih gerai paling dekat dengan pintu bagi memudahkan keluar nanti.
"Nak makan apa bang?" tanya cik pelayan dengan wajah manis.
JR meneliti menu yang terpampang di depan: nasi goreng, mi, bihun, koeteow, roti arab dan....PEK NGA!!
Uuuuiii...pek nga? Lamanya tak makan pek nga, dah berpuluh tahun kiranya tak pernah tengok pek nga dan tak pernah dengar pasal pek nga.
"Pek nga ada ka?" tanya JR.
"Ada...nak makan pek nga ka?" jawab cik pelayan.
"Boleh juga, lama tak makan pek nga, memang teringin sangat nak makan..."
Masa di kampung kecik-kecik dulu, ibu JR selalu buat pek nga. Makan panas-panas dicicah dengan kari semalam...adoooiii, sedap bukan main!!
Korang pernah makan pek nga tak? Ini makanan orang Utara. JR tak pasti orang negeri lain panggil apa. Mungkin lempeng kot?
Makanan itu dipanggil pek nga kerana cara membuatnya yang perlu diuli bulat kemudian ditempek di belanga. Dari perkataan tempek di belanga itulah timbulnya perkataan pek nga..
Kalau JR, JR suka makan pek nga yang dimasak garing, lagi garing lagi sedap!
Inilah foto pek nga tu:
Cara membuat pek nga mengikut apa yang JR perhatikan semasa ibu membuatnya masa kecik-kecik dulu agak mudah: Sediakan tepung gandum, kemudian masukkan kelapa parut yang digaul bersama gula dan garam ke dalam tepung. Lepas tu masukkan air, gaul hingga sebati. Kemudian ambil kuali dan bakar tepung dan bahan-bahan tadi di atas api yang sederhana.
Lepas tu? Lepas tu apa lagi, makanlah pek nga tadi sampai kenyang.
Pek nga ni sebenarnya boleh dimakan begitu saja. Tapi jika nak kesan yang lebih hebat, cuba cicah ia dengan kari...hmmmm, sedapnya menjilat jari!!
JR.. Kat tempat saya di panggil lempeng kelapa.
ReplyDeleteSedaaapppp... Lama tak buat.. Harus buat esok untuk bekfes... Unik sungguh org utara panggil naaaa... PEKNGA gitu.. Hehe
first time denga Pek Nga :)
ReplyDeletekg aku panggil pek li = tempek kuali.. haha
ReplyDeleteye lempeng ler tu. omputeh kata pan cake..
saya makan lalu buat entri dalam blog saya. blog anda saya jadikan rujukan..
ReplyDelete