»

19 April 2012

Cerita Sedih Malam Jumaat

 


Sekejap saja masa berlalu, tiba-tiba Khamis malam Jumaat datang menjenguk lagi. Datang lagi malam penuh keberkatan ini. Bagi mereka yang bergelar suami isteri malam Jumaat sering dikaitkan dengan sesuatu "perkara sunat" yang wajar dilakukan...

Tapi tidak semua orang yang menyambut malam Jumaat dalam semangat keberkatan. Tidak juga semua pasangan suami isteri yang melakukan "perkara sunat" dengan penuh semangat harmoni dan kasih sayang diiringi kesyahduan romantika.


Lihatlah apa yang terjadi di negara jiran kita ini, ia pasti bukan satu malam yang indah buat isteri ini:

JAKARTA: Polis Jakarta menahan seorang lelaki berumur 73 tahun selepas dituduh membunuh isterinya yang dipercayai enggan mengadakan hubungan seks.

Ketua Detektif Polis Jakarta Selatan, Budi Irawan berkata suspek yang dikenali sebagai SL ditahan pada Sabtu lalu selepas dituduh memukul isterinya berusia 50an dengan penukul sehingga mati.

"Suspek memukul mangsa berkali-kali dan menghentak kepala mangsa pada dinding selepas enggan bersama. Jika didapati bersalah kerana membunuh dia boleh dihukum penjara selama 15 tahun" katanya.

4 comments:

  1. masya'allah....sampai mcm tu sekali.....sudah 73thn...gagah lg tu....

    ReplyDelete
  2. ingatkan hubungan sampai ke tua ni bahagia.. rupanya tidak..hanya kerana nafsu..

    ReplyDelete
  3. hadui!!...dia dah terima hukuman di dunia, di akhirat? wallahualam.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....