»

20 April 2012

Sapa Zara Shafruddin Gadis Melayu Yang Kawin Di Gereja Tu??


  
Hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Tak sangka pula di hari Jumaat seperti ini JR akan terjumpa berita gempaq lagi menyedihkan ini: gadis Melayu kawin dengan jejaka mat salih dalam gereja!! Kalau kawin dalam masjid OK kerana itu bermakna si-lelaki telah menganut Islam. Tapi kawin dalam gereja dan disempurnakan oleh paderi yang memakai salib dilehernya...aduuuiiii, apa nak jadi dengan orang Melayu sekarang??

Akhbar Telegraph tiga hari lepas mendedahkan seorang wanita yang namanya persis seperti nama Islam, Zara Shafruddin telah berkahwin dengan pasangannya di gereja St James Church, Sydney, Australia. Nick Rudd, 25, anak bekas Perdana Menteri Australia, Kevin Rudd  dikatakan bertukar-tukar ikrar perkahwinan dengan Zara disaksikan paderi  gereja St James.


 


Perkahwinan itu dikatakan turut dihadiri kawan rapat dan keluarga pasangan itu (ibu bapa Zara hadir juga?). 

Mengikut maklumat dalam twitter keluarga pasangan itu, mereka pertama kali bertemu dalam majlis perkahwinan Jessica (saudara perempuan pengantin lelaki)  di Brisbane pada Mei 2007. Dari situ benih-benih cinta telah berputik dan Nicholas Rudd melamar Zara ketika mereka  bercuti di Republik Czech pada bulan April 2010.



Nick Rudd wedding

Pasangan pengantin itu, kedua-duanya peguam, bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz, Sydney.

Siapa Zara Shafruddin sebenarnya? JR telah cuba mencari maklumat tepat mengenai latar belakang wanita ini tapi tak dapat. Banyak blog yang JR jejaki menyatakan dia wanita Melayu dari Malaysia. Ada pula yang menyatakan dia wanita Melayu berasal dari Pulau Pinang tetapi telah menetap di Australia.

Tapi apa yang pasti di belakang namanya ada nama Islam - Shafruddin. JR tak pasti apa makna Shafruddin dalam Bahasa Melayu, tapi "din" itu sendiri bermaksud "agama". Bila nama membawa maksud "agama" (Islam) tapi berkahwin dalam gereja,  apa maknanya tu??

Mungkin juga Zara Shafruddin itu bukan orang Melayu, sebab di Australia sendiri ramai emigran bukan saja dari Malaysia, tapi dari negara-negara Islam lain...

4 comments:

  1. Nama macam seagama, sekarang ramai dah nama Melayu tapi non ..

    ReplyDelete
  2. apa sudah jadi...?
    apa benarkah itu gadis melayu....
    huhuhuuu...

    ReplyDelete
  3. Harap2 dia bukan org Melayu, sebab di australia ramai imegran yg berketurunan Islam tp dah keluar dari Islam

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....