Ketika sedang membaca entri JR ni, JR nak tanya korang sikit: di mana korang simpan henset korang? Dalam beg tangan (bagi wanita) atau dalam poket seluar (bagi lelaki)?
Beberapa minggu lepas (atau bulan) JR ada terbaca entri seorang rakan blogger yang berkata henset jenis Samsung ayahnya telah meletup. Nasib baik katanya ketika meletup ayahnya tak simpan henset tu dalam poket seluarnya. Jika letupan berlaku ketika henset berada dalam poket seluar ayahnya, alamat menangislah ibunya kerana hajat nak menimang seorang lagi anak mungkin tak tercapai!! (faham maksud JR kan?)
Sebenarnya pengguna bukan saja perlu berhati-hati ketika membeli telefon bimbit, malah laptop dan tablet juga, kerana mengikut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kira-kira 30 peratus daripada peralatan henset dan komputer yang dijual di pasaran Malaysia tidak memenuhi piawaian keselamatan teknikal antarabangsa serta sangat-sangat bahaya jika digunakan.
Mengikut Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi seperti tersiar dalam Berita Harian, banyak henset seludup (digelar underwater atau submarine handset oleh peniaga), tidak menepati standard yang ditetapkan SKMM.
“Jika pengguna membeli produk telekomunikasi seperti telefon yang tidak memenuhi piawaian, anda mungkin terdedah kepada kejadian ia meletup ketika di dalam saku atau ketika digunakan" kata kata Datuk Sharil.
Bagaimana nak elakkan dari membeli henset yang boleh bertukar menjadi bom yang sangat bahaya ni?
Nasihat Datuk Sharil ialah:
“Kita menasihatkan pengguna membeli peralatan yang disahkan selamat dan mempunyai label SKMM bagi menjamin keselamatan diri masing-masing"
Kepada pengguna henset...jangan lupa semak...semak, jangan tak semak henset korang sama ada punya label SKMM ke tak!! Bagi lelaki terutamanya, jika korang belum kawin dan henset tu meletup dalam poket seluar korang dan mencederakan 'sesuatu' benda penting berdekatan poket seluar korang, habislah korang, alamat tak dapat anaklah!!
serius? fuhhh~
ReplyDeleteHuh bahaya tu....
ReplyDeleteTp mmg betul...
Henpon saya pernah terjadi...
Bukan meletop tapi terbakar...pada bahagian simpan bateri...tiba2 berasap....nah hangit sudah.
Seb baik saya tak guna masa tu..Ada lagi henpon nya.. Nnt ada masa saya buat N3 dan letak gambarnya...
memang bahaya kan...
ReplyDeleteJR, ayat ni tak menahan "Jika letupan berlaku ketika henset berada dalam poket seluar ayahnya, alamat menangislah ibunya kerana hajat nak menimang seorang lagi anak mungkin tak tercapai!!". Hahahah...
ReplyDeleteSbb tu kalau beli henfon, saya akan pastikan beli yangt original kat pengedar sah jenama tu. Saya tak beli walaupun set AP. Nak fully original jgk. Harap2 henfon saya tu bukanlah sejenis bom. Huh.
Bahaya3x..satu lagi tambahan, di shell minyak..ikut arahan AWAS hpone. Tak mustahil jika dah seru berlaku. Mohon semua kita dijauhkan..hal2 menakutkan ni..
ReplyDelete