»

08 April 2012

Berita Baik Untuk Iblis Dan Syaitan

Salam pagi minggu buat semua pebaca blog JR. Bagi yang sedang bercuti, semoga hujung minggu akan disinari keceriaan. Bagi yang sedang bekerja, sila tinggalkan blog ini segera sebelum boss sempat menjelingnya...

Baru sebentar tadi JR terbaca satu berita mengenai penyakit Akibat Iblis Dan Syaitan. Korang tau kan penyakit Akibat Iblis Dan Syaitan

A: Akibat
I : Iblis
D: Dan
S: Syaitan

AIDS adalah antara penyakit yang paling menakutkan manusia kerana hingga kini penyakit yang telah membunuh 25 juta manusia itu belum ditemui penawarnya. Sungguh malang bahwa mangsa penyakit ini bukan saja manusia yang suka melakukan hubungan seks rambang, tapi juga mereka yang tak berdosa misalnya akibat pemindahan darah yang dicemari virus AIDS.


Berita terbaru seperti yang dilaporkan dalam New England of Medicine ialah sejenis vaksin baru telah  ditemui yang mampu bertindak positif ke atas 31 peratus antibodi pesakit AIDS. Vaksin antibodi digelar IgG ini  mampu menyerap ke atas permukaan protein HIV untuk mengelakkannya daripada menjangkiti sel tubuh. 

Berita ini pasti berita yang menggembirakan mereka yang dijangkiti AIDS kerana kecuaian pihak-pihak lain. Ia juga berita baik untuk pengikut-pengikut iblis dan syaitan yang suka mengadakan hubungan seks sesuka hati mengikut nafsu syahwat masing-masing..

3 comments:

  1. mmg sedih pada mereka yg dpt penyakit ni kerana kesilapan org lain semase pemindahan darah....tu yg takut tu nk terima darah org ni....takut berlaku kecuaian.

    ReplyDelete
  2. this particular issue rumit sikit sebab semakin kita mengejar the so-called kemajuan,kemodenan etc etc,kita lupa bahawa everything perlu mula dengan pembangunan model insan...masalahnya,kita buat cara terbalik.so,apa mau jadi...

    ReplyDelete
  3. Jauh2kan ini, Jr sama kita saya baru siap membaca artikal tentang "diancam godaan syaitan dalam solat" antaranya syaitan menyelit di saf. marilah hapuskan dia dengan zikurllah ingati yakin Allah..
    Nak ucap terima kasih tu artikal hack tu..untuk tambahan ilmu.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....