Salam buat semua pembaca blog JR
Malam ni JR nak bercerita sikit tentang pok-ke. Sebelum itu JR nak tanya: tau ke korang apa tu pok-ke?
Pok-ke ialah sejenis binatang spesis cicak, tapi dia tak tinggal dalam rumah, sebaliknya banyak didapati di kawasan belukar kecil. Saiznya juga lebih besar dari cicak biasa dan ia juga mempunyai pelbagai warna. Masa kecil dulu ramai rakan-rakan JR yang membela binatang pok-ke ni:
Di negeri sebelah utara Semenanjung ia dikenali sebagai pok-ke, di negeri lain kalau tak silap ia dipanggil cicak tokek. Dalam istilah saintifik, pok-ke ini dikenali sebagai cicak gekko-gecko:
Pok-ke di atas tu cantik kan? Tapi yang paling banyak JR jumpa (sekarang pun masih jumpa) ialah pok-ke yang seperti ini:
Pok-ke dikatakan mempunyai nilai pasaran yang tinggi. Pok-ke yang beratnya melebihi 300 gram boleh dijual pada harga antara RM50,000 - RM80,000. Ia dijual dengan harga yang tinggi kerana pok-ke dikatakan mampu merawat penyakit AIDS.
Berbalik kepada tajuk di atas, pagi tadi ketika nak keluar dari rumah JR ternampak seekor pok-ke yang terperangkap dalam baldi dekat porch rumah JR. JR bercadang nak bebaskan binatang tu ke kawasan belukar sebelah rumah. Tapi lepas menutup pintu pagar, JR terlupa langsung dengan niat nak bebaskan binatang tu.
Bila sampai ke rumah petang tadi masih nampak pok-ke itu di dalam baldi yang sama. Aduuuh...macam mana pula aku boleh lupa membebaskannya? Kesian binatang tu, detik hati JR.
Lalu JR bawa baldi bersama pok-ke tu berhampiran belukar sebelah rumah dengan tujuan untuk membebaskannya. Tapi bila pok-ke tu dikeluarkan dari baldi, JR nampak ia tak bergerak sedikit pun. JR cuba menguis-nguisnya, tapi rupanya dia telah mati...Mungkin dia kepanasan berada di dalam baldi itu berjam-jam lamanya?
Ketika itu JR rasa sangat menyesal. Bagaimana JR boleh terlupa langsung untuk membebaskannya pagi tadi? Kesian dia...JR rasa sangat bersalah kerana secara tak sengaja telah 'membunuh'nya.
Pernahkah korang merasai rasa bersalah yang sama kerana melakukan sesuatu secara tak sengaja? Kawan JR mengalami pengalaman yang lebih dramatik apabila pada suatu malam ketika sedang memandu kereta dia terjumpa seorang lelaki yang kelihatan tertiarap di tepi jalan. Di dalam gelap, kawan JR cuba turun membantu orang itu, tapi kemudian membatalkan niatnya kerana teringat cerita ada orang yang berpura-pura menyamar sebagai mangsa kemalangan yang tujuan sebenar ialah untuk menyamun pemandu kereta yang cuai...
Esoknya ketika kawan JR membuka akhbar dia terbaca tentang satu kemalangan jalanraya langgar lari yang mengakibatkan seorang pemandu motorsikal terbunuh. Dia mengucap panjang kerana itulah pemandu motorsikal yang dijumpainya malam tadi di tepi jalan. Mengapa dia berprasangka buruk terhadap pemandu motorsikal itu dan tidak membantunya?
"Jikalah aku membantu membawanya ke hospital segera, mungkin nyawanya dapat diselamatkan..." kata kawan JR dengan nada yang sangat menyesal.
Tokek tu dah nak mati dlm baldi.. Xpelah.. Bukan sengaja lupa.
ReplyDeleteZaman laa nii...bila berada di atas jalan, baik siang atau mlm.. Mmg kita selalu berperasangka.. Nak buat mcm manakan.. Jenayah di mana2.. Kita jadi pentingkan diri bila memikirkan keselamatan sendiri.
Kalau saya pun.. Tak kan berhenti.. Takuuttt!!
kalau di lembah klang ni bang....mmg kdg2 takot nk tolong org...cerita ni mengingatkan saya satu tragedi. satu hari ada berlaku satu kemalangan,saya baru sampai dan igt nk bagi bantuan...tapi saya pulak yg di salahkan....hanya kerana warna kereta saya kebetulan sama warna kereta yg melanggar org tu...nasib baik ada org nmpk waktu kajadian.....selamat saya.
ReplyDeleteKalau yang belakon tepi jalan ni pun mmg ada bang.....kita igt nk tolong,rupa2nya kita yang kena pow...haduuuiii...saya jadi takot.
Mcm kata kak ya....jenayah di mana2...kdg2 fikir dua tiga kali...nk tlg ke tak....nk tlg ke tak...huhuhuuu