»

11 April 2012

Gempa Bumi Di Sumatra Tadi Menggegarkan Rumah Saya...Takutnya!!


Salam petang Rabu buat semua pembaca blog JR.

Korang tak rasa ke gempa bumi kuat yang berpusat di Sumatra Utara (berdekatan Banda Aceh) sebentar tadi?

Ketika itu lebih kurang jam 4.40 petang. JR dan keluarga waktu itu sedang berada dalam rumah. JR, anak-anak dan mentua di ruang tamu menonton TV. Isteri pula di dapur. Tiba-tiba JR merasakan badan bergoyang semacam dan kepala sedikit pusing. Ingatkan badan JR diserang demam mengejut kerana tak pasal-pasal badan bergoyang. Bila mendongak ke siling terlihat lampu  chandelier bergoyang-goyang dan meja juga kelihatan bergegar.

"Eh, hanpa tak rasa ka rumah kita bergoyang?" tanya JR kepada anak-anak.

"Rasa...tengok meja ni, bergoyang!!" kata anak perempuan JR.

"Meja komputer ni pun bergoyang juga abah.." kata anak lelaki yang berada di depan komputer pula.

"Jom kita keluar rumah, abah rasa ada gempa bumi yang kuat ni!" kata JR.

Ketika itu baru isteri keluar dari dapur ke ruang tamu. "Eh, dapur bergoyanglah, di sini (ruang tamu) tak rasa bergoyang ke?" tanyanya.

Mujurlah kami tinggal di rumah sesebuah, jadi gegarannya tak begitu dirasai. Bagaimana dengan mereka yang tinggal di flat atau kondo?

Selepas gegaran reda baru kami masuk kembali ke dalam rumah. JR minta anak buka internet dan baru tau rupanya ia akibat gempa bumi kuat skala magnitud 8.7 (TV3 kata magnitud 8.9) telah melanda perairan utara Sumatra. Pusat gempa bumi  itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur:




Gegaran 8.7 atau 8.9 sangat kuat. Sebab tu kesan gempa bumi itu turut dirasai di Singapura, Thailand, Australia, Pakistan dan India. Di Malaysia ia turut dirasai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang, Perlis, Perak dan Kedah. Pada 2004 gempa bumi skala magnitud 9.1 telah menyebabkan tsunami besar hingga menyebabkan 168,000 orang meninggal dunia.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami. Jadi jika korang berada di sekitar kawasan itu, sila lari sejauh mungkin!!

Tuhan sedang memberi amaran bahwa kiamat semakin dekat....

2 comments:

  1. 8.3 scala richter kan.. Kuat gegaran. Saya pun tengah tunggu berita terkini sekiranya Ada tsunami.

    ReplyDelete
  2. Ish.. 8.9 scala richter..

    JR.. Amaran tsunami dah di keluarkan... Tak tau nak ckp apa tentang musibah ni..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....