»

23 April 2012

Alamak...50 Tahun Lagi Lelaki Akan Pupus Dari Dunia Ini?

 
Sama ada korang lelaki atau wanita, korang pasti setuju dengan hakikat ini: apa guna jadi lelaki jika tak mampu membuktikan kelelakiannya? Sebab itu ada lelaki yang sanggup bunuh diri bila dah tak sempurna kelelakiannya lagi...nauzubillah...

Apa guna jadi lelaki jika berkahwin tidak mampu memuaskan naluri isteri? Juga apa guna jadi lelaki jika gagal menghamili isterinya kerana kandungan spermanya yang tak bermutu? Apa guna jadi lelaki gagah macam badang, hero atas ranjang tapi rupanya hanya "menembak" dengan "peluru kosong"?


Sebuah institusi keluarga yang sempurna ialah apabila ada suami, isteri dan anak-anak. Jika cuma ada suami dan isteri tanpa anak-anak, betapa sepinya sebuah rumah yang dilengkapi perabot hebat-hebat, begitu banyak bilik, tapi cuma satu bilik yang ada penghuni!



Walaupun ia takdir Illahi bahwa ada lelaki yang subur, ada lelaki kurang subur, malah ada pula lelaki tak subur langsung, tapi setiap lelaki perlu berusaha di samping berdoa supaya dia sentiasa menjadi lelaki sejati. 




Berita dari Mumbai, India seperti yang dilaporkan oleh akhbar Times of India ini pasti sangat membimbangkan kaum lelaki. Mengikut laporan akhbar itu  dunia berdepan masalah ketiadaan lelaki subur pada 2062 (50 tahun lagi). Ini berlaku kerana bilangan sperma mikroskopik yang boleh menghasilkan benih bayi semakin berkurangan kerana peningkatan tahap tekanan, obesiti dan pencemaran udara masa kini.

Mengikut Dr P M Bhargava yang membuat kajian itu kekurangan sperma pada lelaki dikesan sejak pertengahan tahun 1990-an di Barat. Kajian di Barat menunjukkan bilangan itu menurun dua peratus setiap tahun. Jika tren ini berterusan, tiada lagi lelaki subur 40 hingga 50 tahun akan datang, kata Dr Bhargava yang dianggap antara saintis terkemuka India.



Beberapa tahun lalu, kajian di Scotland terhadap 7,500 lelaki yang mengunjungi Pusat Kesuburan Aberdeen antara 1989 hingga 2002 menunjukkan purata sperma berkurangan hampir 30 peratus. 30 peratus bukan sikit beb!!


Kajian lain dari Copenhagen pula mendapati mendapati punca utama masalah itu ialah penyalahgunaan alkohol, merokok dan obesiti. Penggunaan racun serangga seperti DDT dan dioksin juga antara punca masalah itu.

Di Malaysia juga JR percaya hal ini berlaku, semakin ramai lelaki yang tak subur. Lihatlah ibu bapa kita dulu, berapa anak mereka? JR sendiri dari satu keluarga besar sembilan beradik. Tapi kami anak-anak ibu dan ayah tak seorang pun yang mampu mengalahkan rekod cemerlang ibu bapa kami yang beranak sampai sembilan orang. Antara kami sembilan beradik mungkin JR yang paling subur..(tak payah diceritakan berapa anak JR takut nanti korang terkejut dan yang lebih penting bimbang jatuh riak pula...)

Jika ramalan bahwa 50 tahun lagi lelaki subur akan pupus dari dunia ini (JR tak yakin ramalan saintis 100% benar), bermakna wanita yang berkahwin 50 tahun akan datang hanya berkahwin dengan lelaki yang umpama sepotong daging, mereka cuma tahu bekerja dan pandai buat duit tapi tak reti dan tak mampu  buat anak! Ketika itu, jika wanita kena rogol pun mereka tak akan dapat anak kerana perogol seganas mana pun hanya "menembak" dengan menggunakan "peluru kosong"...Huhuhuhu...

Kesiannya lelaki lima puluh tahun akan datang....

6 comments:

  1. harap2 tak betol lah....

    ReplyDelete
  2. menembak dgn peluru kosong....cam kelakar la pulak bunyik nya....hehehee

    ReplyDelete
  3. menembak dengan peluru kosong eh?niceee...

    ReplyDelete
  4. hahaha baca artikel ni di berita harian dn terus gelak.

    ReplyDelete
  5. insyaAllah... tanggungjawab kita sebagai ibubapa sekarang ini (kena buat!)
    - didik anak jangan merokok...
    - jangan ambil alkohol...
    - jangan makan melampau hingga obesiti...

    pastu usaha sehabis boleh untuk tanam sayuran yg kita makan - agar terhindar (kurang sikit la) dari racun serangga pada makanan... (saya sedang usaha itu)... ;p

    semoga generasi bangsa melayu 'tak kan hilang di dunia' Amin...

    ReplyDelete
  6. Saya tau anak JR ada 3 org. Hehehe. Pecah rahsia.

    Takpe, kalau dah nak jadi, jadi je. Tu semua kerja Allah. Dia lebih tau. Org tu pun hanya buat teori je dan meramalkan. Blum tentu betul.

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....