»

26 April 2012

Cara Mudah Menemukan Semula Barang Yang Hilang


 

Korang pernah tak menghadapi masalah barang yang diyakini ada dalam rumah tapi puas dicari masih tak ditemui? Masa kecil-kecil dulu ada seorang kawan JR yang memberi petua bagaimana nak ditemukan semula barang yang hilang itu. Caranya ialah dengan membaca selawat, kemudian niat dalam hati apa barang yang nak dicari, dan lepas tu letakkan sekeping kertas kecil atas tapak tangan. Kertas atas tapak tangan tu kemudian ditepuk dan ke arah mana ia melayang ke situlah kononnya barang itu berada. JR pernah mencuba petua itu masa kanak-kanak dulu, kadang-kadang memang menjadi tapi banyak kali juga memang tak jadi langsung, huhuhuhu...


Itu petua budak-budak, memang petua budak-budak banyak yang tak boleh pakai. 


Tapi ini ada satu petua orang dewasa pula, saintis lagi, mesti boleh percaya punya.. Gary Lupyan dari University of Wisconsin-Madison dan Daniel Swingley dari University of Pennsylvania telah mengkaji cara terbaik menemukan semula barang yang hilang. Untuk itu mereka membuat satu percubaan.

Peserta dewasa yang terlibat dalam percubaan ini diberi 20 foto yang mengandungi pelbagai objek berbeza. Mereka kemudian  diminta untuk mencari salah satu dari objek yang terdapat dalam salah satu foto tersebut. Peserta juga diminta memberikan nama untuk objek yang dicarinya. 

Sebahagian peserta diminta mencari objek sambil bercakap tentang benda yang dicari, manakala sebahagian lagi diminta mencari objek dalam diam (tak boleh bercakap).  Hasilnya orang yang bercakap ketika mencari objek didapati lebih cepat menemui barang yang dicari berbanding dengan mereka yang mencarinya dalam diam.. 


Saintis menyimpulkan hasil kajian ini membuktikan bahwa bercakap  sendiri boleh  mempengaruhi beberapa aspek dari proses pencarian visual, walaupun pengkaji belum mengetahui dengan pasti bagaimana prosesnya.

Walaubagaimanapun mengikut kesimpulan saintis berkenaan ada kemungkinan ketika seseorang itu bercakap sendiri sambil mencari barang akan merangsang bahagian tertentu dalam otak sehingga membuatnya lebih mudah mengesan  objek yang dicarinya.

Apa pun percubaan ini hanya sesuai untuk barang yang tersalah letak di dalam rumah, jika barang yang telah diangkut pencuri atau penyamun dan disembunyikan di tempat lain, sorilah ia tak akan ditemui.

Semoga petua ini dapat membantu korang yang menghadapi masalah yang sama...


Nasihat dari JR: Jika korang kehilangan barang, cuba elakkan dari menemui dukun yang biasanya akan meramalkan siapa pencurinya kerana dikhuatiri ia akan menyebabkan kegelinciran akidah...

5 comments:

  1. Apa benda je yg nak ckp pasla barang hilang tu melainkan, "Mana la [barang] ni... Mana la [barang] ni..." heheh.

    ReplyDelete
  2. Saya setuju....
    Sbb saya selalu membebel bebel bila satu2 benda yg saya lupa letak kat mana.

    Dlam dok membebel tu sambil mencarik....biasanya x lama teringat la balik kat mana letaknya td heheee

    Selalu saya merepek mereban saya sensorang time mencari barang yg hilang ni.

    ReplyDelete
  3. Dulu ustaz cakap kalau cari barang tk jumpa, baca ayat dlm sujud syahwi insyallah jumpa

    ReplyDelete
  4. kalau nyanyi leh x?? x fhm lagi sebenarnya..bila kita cakap sorang...apa yang bagi effect kat kita yang bende tu ada kat tempat tu..

    ReplyDelete
  5. Slalu klau brg hilang ckp srg srg sduhh mane domet ni mne ni tapi nk jumpa bkn main lama

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....