»

02 March 2012

Tuhan Sudah Mati??

Salam petang Jumaat buat semua pembaca blog JR.

Hari ini di Kedah hari cuti. Biasanya hari Jumaat JR dan isteri ke pasar beli bahan basah dan mentah untuk bekalan seminggu. Tapi hari ni entah apa anginnya, Tuanku Permaisuri bertitah, "esok sajalah kita ke market ya bang".


Esok pun esoklah dinda, kata JR. Hmmm...bila tak ke market bolehlah kemas sikit bilik yang bersepah tu. Dalam kemas-kemas bilik tu lah tiba-tiba JR terjumpa satu antalogi puisi yang dah berkarat di bawah rak buku. Ketika membelek-belek antalogi tu terbaca puisi 'Sidang Roh' nukilan Kassim Ahmad. Ia satu sajak kasar dan keras yang diakhiri pula dengan kata-kata sangat kasar dan keras seperti bom nuklir:

nanti akan padamlah dengan sendirinya 
lampu dari menara tinggi 
kerana di bawahnya orang kian mabuk  
dan Tuhan sudah mati 

Tuhan sudah mati? Beraninya Pak Kassim ni cakap Tuhan sudah mati?? Apa hukumnya kata Tuhan sudah mati? Atheis??
Sebelum buat tuduhan melulu, baca dulu hampir keseluruhan sajak Kassim Ahmad ni:-


SIDANG ROH
Sudah datang berita paling kejam
bagi mereka yang lagi hidup karena bisa berharap
dunia ini penjara
nasi kita akan cukup di sorga
di atas belakang Dajjal
telah diperdagangkan hidup
gelak dan hilai bukan karena bahagia
gelak dan hilai karena papa.


Akan bersidang segala roh
anakmu hari ini makan apa
nasi atau beer
ketawanya palsu tangisnya tanpa suara
   
Nanti akan padamlah dengan sendiri
lampu dari menara tinggi
karena di bawahnya orang kian mabuk
dan Tuhan sudah mati.















  • Sajak ini pernah menggemparkan dunia puisi Melayu beberapa tahun lalu dan menimbulkan kontroversi kerana penulis menggunakan kata-kata yang agak kasar dan keras (...dan Tuhan sudah mati). Malah ada pengkritik yang menuduh Kassim murtad kerana kata-kata Tuhan sudah mati itu.

    Sebenarnya sajak ini jika diperhatikan adalah sajak yang mengkritik masyarakat yang hanya mengejar kebendaan, suka hiburan dan lupa dunia. Ramai kalangan masyarakat  seolah-olah menjadi kuda tunggangan Dajjal, mereka hanya suka hiburan, suka bergelak ketawa, walaupun mereka dari kalangan orang miskin:


    Di atas belakang Dajjal
    telah diperdagangkan hidup
    gelak dan hilai bukan karena bahagia
    gelak dan hilai karena papa.

    Anak-anak muda pula sebahagiannya hilang arah hingga sanggup membuat kemaksiatan dan meneguk benda-benda haram tanpa rasa berdosa:

    anakmu hari ini makan apa
    nasi atau beer
    ketawanya palsu tangisnya tanpa suara


    Walaupun baris terakhir dalam rangkap sajak ini bernada agak keras dan kasar tapi ia membawa makna tersirat yang jika diteliti sangat mudah difahami. Frasa ‘dan Tuhan sudah mati’ dalam baris terakhir rangkap sajak itu sebenarnya adalah sebagai simbol keruntuhan akhlak manusia. Moral manusia masa kini semakin runtuh dalam masyarakat yang terlalu liberal dan kurang berakhlak. Kerana sibuk mengejar material, ramai masyarakat semakin menjauhi   masjid dan surau yang tinggal sepi dan lampunya tak dinyalakan lagi, sebaliknya mereka lebih suka memenuhi tempat-tempat hiburan. Bagi mereka Tuhan hanya menjadi sebutan tetapi ajaranNya diketepikan seolah-olah bagi mereka Tuhan sudah mati:


    nanti akan padamlah dengan sendiri lampu dari menara tinggi
    karena dibawahnya orang kian mabuk
    dan Tuhan sudah mati.

    Ketika menghantar entri ke blog ni, JR sebenarnya baru pulang dari masjid menunaikan fardu Jumaat. Masjid al-Bukhary Alor Setar seperti minggu-minggu lain sentiasa penuh, dipenuhi jemaah pelbagai bangsa, ah lama, padabukan saja Melayu, tetapi yang berwajah Arab, Pakistan, Cina dan Bangladesh pun ada. Bagi kami yang bersolat Jumaat di masjid tadi, Tuhan tidak mati, tidak pernah mati, Dia tetap dihati dan kami sesungguhnya rela mati bagi mempertahankan ajaranNya, Allahuakbar!!

    Nota: Sajak ini dihasilkan sudah lama, pada 1960. Kassim Ahmad ialah penggiat seni, sasterawan dan ahli politik yang pernah menjadi Pengerusi Parti Rakyat, Pengerusi Parti Sosialis Rakyat Malaysia dan ahli Umno.

    2 comments:

    1. tajuk yang menarik sekali baca,trus stuck...hehe...
      terima kasih JR untuk perkongsian ni... :)

      ReplyDelete
    2. Sebab tu kena baca sesuatu tu sampai habis, jika baca tak habis kita buat kesimpulan yg salah. Sama spt kerajaan yg katakan Anwar Ibrahim sokong Israel, pada hal kenyataannya tak bermaksud begitu. Memang ramai org pemalas di Malaysia ni, mereka buat kesimpulan sebelum pembacaan selesai, kesian...

      ReplyDelete

    Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....