»

01 March 2012

Tampan Dan Macho Tapi Telur Cuma Ada Satu


Salam petang Khamis buat semua pembaca blog JR.

Maafkan JR kerana tajuk entri ni nampak seperti mencarut sikit. Mungkin perkataan 'telur' di sini kurang sesuai, tapi nak tulis perkataan apa bagi menggantikan 'telur'? Mungkin ia nampak kurang mencarut kot jika perkataan 'telur' tu JR gantikan dengan perkataan lain, seperti perkataan mat salih 'testicles' ye tak?

Korang cuba tengok foto jejaka di bawah ni: hensem dan macho kan?  

John Levi Miller

Nama mamat ni ialah John Levi Miller 23 tahun dari Atlanta, Amerika Syarikat. Tubuh badannya memang tegap, sasa, otot-otot gagah terbentuk, nampak dia benar-benar jantan (JR pun jealous kerana tak punya otot sekental itu!!):

 http://assets.nydailynews.com/polopoly_fs/1.1030473.1330537085!/img/httpImage/image.jpg_gen/derivatives/landscape_635/image.jpg
 
Tapi tau ke korang dalam keadaan badannya yang sasa, gagah dan berotot kental dan sempurna itu Miller punya satu telur (testicles) saja? Lelaki normal dan sempurna mempunyai dua testicles tapi Miller yang tubuhnya kelihatan begitu sempurna cuma mempunyai satu testicles saja. Kesiannya dia!!

Miller, bekas seorang ahli gusti profesional cuma mempunyai satu testicles selepas ianya pecah akibat disepak dengan terlalu kuat dalam satu pertandingan gusti hingga menyebabkan salah satu testiclesnya pecah hingga terpaksa dibuang.

Miller mendakwa, lawannya ketika perlawanan itu, Clinton Woosley, sepatutnya kalah kepadanya di gelanggang mengikut persetujuan sebelum perlawanan tetapi bertindak sebaliknya ketika bertarung. Woosley cuba menang perlawanan mereka dan membuat sepakan kuat ke bahagian sulitnya, kata Miller. Oleh kerana keadaan tidak semakin baik, Miller mengunjungi hospital keesokannya dan doktor memutuskan untuk membuang testicles sebelah kanan yang pecah.

Begitulah hidup kan, tiada yang sempurna. Tiada lelaki dan perempuan yang sempurna. Mereka yang bangga dengan wajahnya yang macho, berotot dan penuh kejantanan itu pun  boleh hilang sesuatu yang menjadi lambang kejantananya jika Tuhan telah mentakdirkannya begitu. 
 
Apapun, bersyukurlah dengan apa yang ada....

(Sumber info: daily mail)

5 comments:

  1. JR..

    Mcm buah pinggang jugak ke?, walaupun tinggal sebelah, masih boleh berfungsi mcm biasa kan?


    Errrr.. I donno..

    ReplyDelete
  2. adoiiiii
    nyilu baca entri ni...adehhhhh....

    ReplyDelete
  3. Huhuhuhu

    ingatkan semua org sama

    ReplyDelete
  4. kesiankan...gara2 lawan gusti..

    ReplyDelete
  5. suka entry JR.. msti ade nasihat ;)

    kan.. wlau mcm mne hebat org tu.. die tetap xsmpurna..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....