»

02 March 2012

Kesian Dr Mahathir.....


Salam malam Sabtu buat semua pembaca blog JR.

Ketika menulis entri pada malam ni, JR rasa sangat hiba. Ini berkaitan satu kenyataan Yang DiPertua Persatuan Ulamak Malaysia. Ulamak adalah pewaris Nabi, selepas Nabi wafat pandangan siapa lagi mengenai agama yang nak kita terima jika bukan pandangan ulamak? 

Tapi yang JR terasa hiba kerana pandangan ketua ulamak Malaysia ni ditujukan kepada  mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir yang sangat berjasa kepada negara tu. JR sangat respect Tun dan idea-idea bernasnya, walaupun sebagai manusia yang tak sempurna bukan semua yang dia kata betul 100 peratus. 

Cuma kadang-kadang JR fikir percakapan seseorang juga dipengaruhi oleh faktor umurnya. Dr Mahathir yang disanjungi rakyat tu dah berusia 87 tahun. Dah dekat 90 tahun pun. Siapa yang ada nenek, atuk atau moyang yang berusia 90 tahun, faham-fahamlah... 

Semoga Allah mengampunkan kita hambaNya yang lemah ini...

Ikuti apa yang dikatakan oleh ketua ulamak kita tu mengenai Tun Dr Mahathir:

http://web7.bernama.com/bernama/newspic/ge/SG08_030308_TUN%20DR%20MAHATHIR.jpg
...tak ada dalam al-Quran?

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Menyatakan bahawa hukum hudud tidak terdapat dalam al-Quran dan hanya ciptaan manusia boleh menjejaskan aqidah.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Ulamak Malaysia (PUM), Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, kenyataan seperti itu juga bermaksud menolak al-Quran itu sendiri.

"Hukum hudud ini ditentukan oleh Allah, dalam al-Quran disebut secara jelas. Sepakat ulama juga tetap bahawa hukum hudud ada dalam al-Quran seperti hukum potong tangan dan bunuh balas (qisas).

"Sesiapa yang menidakkan hudud dalam al-Quran, maksudnya dia tolak al-Quran," tegasnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Sedangkan katanya rukun iman yang keempat adalah percaya kepada kitab Allah termasuk al-Quran.

Beliau yang juga bekas Mufti Kerajaan Terengganu berkata demikian ketika diminta memberi pandangan terhadap kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu program bersama mahasiswa baru-baru ini bahawa hudud tidak ada dalam al-Quran dan perlaksanaannya tidak adil.

Rakaman video ucapan Mahathir itu juga kini disebar meluas di internet khususnya di Youtube.
(sumber: Harakahdaily, 02 Mac 2012)

8 comments:

  1. Tun tetap idola saya selamanya.

    100 kebaikan terus lenyap kerana 1 kesilapan. He is getting older and older ya...

    ReplyDelete
  2. mungkin betul kata JR tu...ada faktor umur sekali... :)

    ReplyDelete
  3. Humm saya pon amat menyukai tun dr. Mahathir, btol la.. Mgkin faktor umur juga..

    ReplyDelete
  4. faktor usia...mungkin juga.

    ReplyDelete
  5. Yg mereka masih panggil org tua tu bercakap di sana sini tu buat apa?? Dah tau negarawan ulung kita tu nyanyuk, simpan ajelah dia kat rumah, jgn benarkan dia bercakap, memalukan aje. Nanti jika dia tergelincir akidah kesian kat dia bila disoal di kubur nanti. Kasihanilah dia, jgn benarkan dia bercakap lagi.

    ReplyDelete
  6. Yg mereka masih panggil org tua tu bercakap di sana sini tu buat apa?? Dah tau negarawan ulung kita tu nyanyuk, simpan ajelah dia kat rumah, jgn benarkan dia bercakap, memalukan aje. Nanti jika dia tergelincir akidah kesian kat dia bila disoal di kubur nanti. Kasihanilah dia, jgn benarkan dia bercakap lagi.

    ReplyDelete
  7. Yg mereka masih panggil org tua tu bercakap di sana sini tu buat apa?? Dah tau negarawan ulung kita tu nyanyuk, simpan ajelah dia kat rumah, jgn benarkan dia bercakap, memalukan aje. Nanti jika dia tergelincir akidah kesian kat dia bila disoal di kubur nanti. Kasihanilah dia, jgn benarkan dia bercakap lagi.

    ReplyDelete
  8. Sebagai org yg berasal dari Kg Mamali, Baling, Kedah, kami tak boleh lupakan tragedi pembunuhan 15 org yg baru selesai solat Subuh di Mamali pd tahun 1985 ketika Dr Mahathir menjadi PM Malaysia. Mengapa perlu menghantar polis bersenjata untuk menghadapi org yg baru lepas solat subuh? Adakah Dr Mahathir masih ingat pembunuhan beramai2 tu atau dia dah lupa kerana faktor umur? Org Mamali tak kan dpt lupakan tragedi ustaz Ibrahim Libya itu, 15 org syahid, berpuluh lagi cedera,ia sangat kejam...

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....