»

01 March 2012

Kisah Artis Nazar Pulut Kuning Jika Kurus


Salam tengahari Khamis buat semua pembaca blog JR.

Susah sangat ke nak turunkan berat badan? Kena berdiet sampai semuanya tak boleh makan kecuali rumput (sayur) dan air mati? Atau samapai kena makan ubat ratusan ringgit sebulan yang menyebabkan hujung bulan poket kosong? Sampai susah macam tu untuk jadi kurus?

Pagi ni JR terbaca rintihan seorang penyanyi wanita yang sedang menghadapi kenaikan berat badan yang pesat. Kerana risau dengan penambahan berat badannya, penyanyi itu telah bernazar untuk menghantar pulut kuning ke masjid di kawasan perumahannya jika berjaya menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan. 

Noraniza Idris (Kak Ani) berkata nazar itu dibuat selepas membaca sebuah artikel dalam sebuah akhbar mingguan pada Ahad lalu yang mengatakan berat badannya telah meningkat.


Ini bukan ubat kurus, ini ubat darah tinggi dan kencing manis...

"Sebelum ini Kak Ani sedar yang berat badan telah meningkat sebanyak 12 kilogram tetapi tidak membuat apa-apa mengenainya. Bagaimanapun selepas membaca artikel berkenaan, ia telah memberi kesedaran kepada Kak Ani untuk melakukan sesuatu. Atas dasar itu juga Kak Ani bernazar sekiranya dapat menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram dalam masa sebulan, Kak Ani nak hantar pulut kuning ke masjid," kata Kak Ani kepada mStar Online tanpa mahu mendedahkan beratnya sekarang.

"Sebelum ini Kak Ani aktif bersenam atau pun menjalani latihan tarian tetapi sekarang agak sibuk dengan urusan syarikat bersama suami termasuklah kadang kala perlu menyiapkan kertas kerja sehingga lima pagi. Dari situ juga tabiat pemakanan Kak Ani berubah apabila sering makan pada tengah malam yang telah menyumbang kepada peningkatan berat badan," katanya lagi.

JR juga pernah menghadapi masalah berat badan satu masa dulu. Dengan berat badan 80 kg dan ketinggian 168 cm ketika itu menjadikan JR kelihatan seperti gergasi. Kebetulan tempat kerja JR di tingkat 4 dan hari-hari kena panjat tangga sebab bangunan 4 tingkat itu tak ada lif. Selalu juga JR rasa semput untuk mendaki hingga ke tingkat empat itu. Apa lagi kadang-kadang terpaksa berlari naik tangga untuk mengejar punch card kerana masa cuma tinggal beberapa minit lagi, bila tiba di tingkat empat rasa macam jantung nak luruh!

JR cuba pelbagai cara untuk turunkan berat badan, termasuk berdiet dan makan ubat pemberian doktor tapi semuanya tak menjadi. Hinggalah suatu hari pejabat JR bekerja memilih JR untuk berkursus di suatu institusi latihan di utara tanah air. Kursus itu selama tiga bulan dan kami diwajibkan untuk bersenam setiap hari, satu jam waktu pagi dan satu jam setengah lagi pada waktu petang. Setiap hari wajib bersenam, berlari sejauh 4 km  dan bermain secara berkumpulan, tak boleh excuse kecuali ada surat doktor.

Diet? Bagaimana nak diet, jika di institusi latihan itu kami "dipaksa" makan sebanyak enam kali sehari? Lepas bersenam waktu pagi pada pukul 7.30 pagi kami sarapan, pukul 10.30 pagi pula minum pagi, pukul 1.00 tengahari makan tengahari, pukul 4.30 petang minum petang, pukul 7.30 malam makan malam, pukul 11.30 malam (lepas habis kuliah malam) supper pula. Pendek kata selama tiga bulan di sana kami asyik makan, makan dan makan yang menyedapkan itu!!

Anehnya walaupun di sana JR makan enam kali sehari, berbeza dengan di rumah JR cuma makan tiga kali sehari, tapi lepas habis kursus selama tiga bulan, JR telah berjaya menurunkan berat badan daripada 80 kg kepada 65 kg. Turun 15 kg dalam masa tiga bulan atau 5kg sebulan seperti yang diimpikan oleh Kak Ani...walaupun sepanjang tiga bulan itu makan tak henti-henti! Semuanya kerana di sana JR bersenam hari-hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu tak bersenam kerana tak ada kelas. Susah juga lepas kursus tu, semua seluar lama tak boleh pakai, baju pun nampak pelik sebab dah tak fit dengan badan lagi. Tapi yang seronoknya bila balik ke pejabat naik tangga empat tingkat pun tak rasa apa-apa, tak semput lagi, malah jika bangunan itu lapan tingkat pun JR rasa boleh daki dengan mudah (hmmmm...cakap besar dah ni...)

Lepas pengalaman tu, hari-hari JR besenam sampai la sekarang. Kini satu hari JR joging 6 km, kecuali jika hujan ribut saja tak pergi joging. Malah kerana dah ketagih berjoging, di bulan puasa ketika ramai yang berehat di rumah, tapi kaki JR rasa gatal untuk menapak di trek joging juga. Joging tetap joging walau bulan puasa sampai pernah krem kerana kekurangan air dalam badan.

Petang ni nak joging lagi di tempat biasa, lepas joging boleh pergi pasar malam, kalau ada pulut kuning nak pekena pulut kuning.....

3 comments:

  1. Adoi JR..

    Akk nak turunkan 2kg pun tak berjaya lagi...

    Morning exercise tu buat hari2... Tapi jogging tu x mampu rasa nya.. Factor USIA maybe.. Lagi satu, x boleh x mkn nasi... Haha..

    ReplyDelete
  2. b4 preggy berat sy 44 kg je, skrg 56.6 kg dgn ketinggian 157..wwaahhh sonoknye.tp doktor suh diet sbb berat naik mendadak.adesss kecewa..bru plan nk maintain berat badan 55kg. b4 diz susahnye nk tambahkn berat badan..mkn byk tp tak berisi2 punn...

    ReplyDelete
  3. Cik rose pun tengah diet...takut nanti macam2 penyakit...Pagi2 jogging..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....