Salam malam Selasa buat semua pembaca blog JR
Terlebih dulu JR nak ucapkan takziah kepada Mawi dan Ikin kerana telah ditimpa musibah malang awal pagi tadi. Walaupun Mawi tak akan pernah membaca entri di blog buruk ni, tapi tak salah rasanya JR mengucapkan takziah kepadanya.
Sebagai seorang yang pernah menjadi mangsa rumah disamun, JR memahami apa yang dirasai oleh mereka yang rumahnya dicerobohi. Apa lagi bila badan diikat dan kita dilayan dengan kasar, ia pasti meninggalkan trauma yang mengambil masa lama untuk dilupakan.
Dalam kejadian pada jam 4 pagi tadi itu rumah banglo Mawi di Bangi dimasuki beberapa orang perompak dipercayai warga asing. Ia berlaku dua jam selepas Mawi tiba di rumahnya pada jam 2.00 pagi selepas selesai siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) di Johor Baru. Semasa kejadian terdapat ibu Mawi, nenek serta isteri dan anaknya. Kesemua mereka selamat dan tidak diapa-apakan perompak.
Mengikut sumber mStar Online Mawi turut diikat perompak yang melarikan beberapa barang berharga termasuk telefon bimbit dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM10,000.
Ketika JR menulis ni pasti Mawi telah membuat laporan polis mengenai rompakan di rumahnya itu. Sebagai selebriti, pasti polis melayan Mawi dengan baik ketika membuat laporan. Tak seperti JR yang rumah disamun beberapa tahun lepas, polis buat layan tak layan saja bila laporan dibuat. Ia pasti kerana JR bukan selebriti dan nilai barang yang hilang pun tak seberapa, lebih kurang RM15,000 saja yang hilang, kebanyakannya barang-barang kemas isteri.
"Biasalah tu encik...samun, rompak dan curi berlaku setiap hari di Malaysia. Hari ni saja saya terima tiga aduan. Encik bernasib baik tak cedera, ada kes yang cedera tadi.." kata polis yang menerima laporan acuh tak acuh tanpa memandang muka kita di depannya pun.
Jadi itulah yang 'biasa'nya yang dikatakan polis itu. Pertama JR bukan selebriti dan VVVVVIP, kalau selebriti dan VVVVVIP ia pasti tak jadi biasa, ia jadi luar biasa. Kedua, jumlah kehilangan tak seberapa, tak sampai RM1 juta yang hilang, kecualilah selebriti hilang RM1,000 pun jadi berita. Dan ketiga tiada yang tercedera atau terbunuh semasa rumah JR disamun. Jika JR terbunuh dalam kejadian itu barulah ia jadi berita luar biasa mengikut perspektif polis agaknya..
Duit boleh carikan JR..
ReplyDeleteAlhamdulillah tak de sape yang cedera.
pencuri ni pun scumbag.pandai pilih rumah pulak...zzz
ReplyDeleteSokong gan Mr.Clive...pencuri sekarang pandai pilih rumah huhuhu.Nasib baik cik rose tak kaya...hihihihi
ReplyDeleteSelalu kecewa dgan sikap acuh tak acuh mcmni...
ReplyDeleteJR:
myb kalo mereka terkena batang hdung sdiri boleh ke dia kata..."biasala tu...."
yg penting abg JR dan keluarga selamat....alhamdulillah....biasala bang,bukan artis kita ni....cam tu la gaya nya huhuhuhuuu
ReplyDeleteyg penting nyawa selamat..:)
ReplyDeleteMemang trauma lah kalau terkena...
ReplyDeleteMintak dijauhkan daripada kejadian seumpama ini daripada berlaku ke atas diri ini...
Jauhilah dari semua bala bencana.Saya percaya Bro! JR lepas tu lebih berhati2.
ReplyDeletePolis..kenalah jalankan tugas ikhlas..memang sepatutnya cepat mereka membantu