»

27 March 2012

Seterika Muka Untuk Hilangkan Kedutan (Teknik Baru Yang Boleh Dicuba)


Salam pagi Selasa buat semua pembaca blog JR

Apa kabar hari ni? JR nampak ada yang sedang ketawa, ada yang sedang tersenyum dan ada pula yang sedang mengerutkan muka. Kenapa mengerutkan muka? Kerja banyak belum selesai, memikirkan masalah famili atau ada masalah dengan pihak lain? Apapun masalahnya, awas jangan kerana terlalu kerap mengerutkan muka timbul kedutan di wajah yang menampakkan korang lebih tua dari usia sebenar. 

Kedutan di wajah merupakan masalah utama kulit yang dialami wanita dan lelaki bila usia melebihi 30. Berbagai perawatan kerap dilakukan  untuk memudarkan atau mencegah muka berkeriput. Tapi biasanya perawatan untuk meremajakan kulit memerlukan perbelanjaan besar, beratus atau beribu-ribu ringgit pasti perlu dikorbankan.

 

Berbeza dengan perawatan kedutan di salun dLotus yang terletak di Pondok Labu, Jakarta Selatan, Indonesia. Salun  itu memberikan harga yang cukup murah untuk mengembalikan keremajaan wajah namun perawatan yang ditawarkan memiliki kualiti tinggi yang memuaskan hati pelanggan.

Kini dLotus memperkenalkan perawatan terbarunya - Skin Face Galvanic - yang merupakan perawatan anti kedut dengan teknik setrika wajah.  Kain pun boleh setrika, mengapa wajah tak boleh, betul tak? Mengikut sumber di Indonesia,  dLotus bukan cuma menyediakan rawatan galvanic, rawatan lainnya juga tidak terlalu mahal. 

Korang pernah dengar tentang rawatan galvanic? Skin face galvanic merupakan rangkaian rawatan yang dapat memudarkan kedutan, menghaluskan kulit dan menjadikan kulit halus, mulus dan licin. Tu dia, pompuan tentu suka dengar ni kan? Produk skin galvanic tersebut terdiri dari sabun cuci wajah, krim wajah, spray wajah dan alat galvanic

Awal perawatan, pertama sekali wajah dibersihkan dengan sabun. Setelah itu wajah di beri krim di salah satu sisi, kemudian wajah disapukan spray wajah  agar wajah basah sehingga proses penyetrikaan lebih mudah. Kemudian wajah mulai disetrika dengan alat galvanic

 

Takut muka korang hangus dibakar seterika? Jangan bayangkan alat galvanic seperti setrika baju  besar dan panas di rumah korang. Alat galvanic yang dimaksudkan ni sangat kecil, lebih kecil dari henset Nokia 3310 yang nenek JR pakai. Dan yang lebih menyamankan ialah ketika alat itu diusapkan pada wajah ia tidak terasa panas sedikitpun. Alat tersebut  bekerja dengan begitu sempurna kerana memiliki arus galvanic yang dapat meningkatkan kuasa sirkulasi  pada sel kulit. 

Seorang penulis Indonesia dari Wolipop, berkesempatan mencuba perawatan Skin Face Galvanic, dan hasilnya cukup menakjubkan. Walaupuni hanya sekali rawatan terlihat perubahan kulit yang tak pernah dibayangkannya!!

Korang tertarik nak mencubanya supaya mendapat pujian pasangan dan rakan-rakan? Perawatan Skin Face Galvanic ini cuma berharga Rp 200,000 (RM67) sahaja. Prosesnya pun cukup santai dan tidak memakan waktu yang lama, hanya 30 minit saja kerutan di wajah dapat dihilangkan. 

Walaupun mungkin RM67 agak murah untuk rawatan serupa di negara ini yang biasanya menjangkau hingga beratus dan beribu ringgit, tapi berbaloikah korang untuk pergi ke Pondok Labu yang terletak di Jakarta itu? Kalau tempah Air Asia untuk perjalanan tahun 2013 mungkin boleh.....

(Sumber:Idegue.network)

8 comments:

  1. Bestnya rawatan ni. Tapi kat Jakarta la plak. Jauh bebenor.

    ReplyDelete
  2. Bestnya rawatan ni. Tapi kat Jakarta la plak. Jauh bebenor.

    ReplyDelete
  3. I dah google untuk melihat rupa sebenar alat Skin Face Galvanic ini dan juga gambar before and after treatment. Hasil treatment nampak ketara. Alatnya memang kecik jer. Harga alat ini di antara USD30-80 sebijik kat Alibaba.com.

    ReplyDelete
  4. Wah.. Untuk gadis2 Dan ibu muda boleh lah try beli alat ni alibaba.com.

    Mereka2 yang bisnes minded pastinya sudah berkira2 untuk memulakan kaedah ini di spa Dan salon masing2.

    :)

    ReplyDelete
  5. rajin bro Logo search.
    saye terbayang iron bahu je. hoho!

    ReplyDelete
  6. Wow!! macam baru terbaca info ni, tengok strerika tu teringat..masa lalu..seluar bocor terbakar la..

    ReplyDelete
  7. hah nk ke jakarta tu.....sambil melancong bulih la singgah kot kejap kat situ hehehhee

    ReplyDelete
  8. pergi sana, boleh shopping-2 tmpt lain . hehe .

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....