»

26 March 2012

Isu-Isu Pengisian Borang Permohonan UPU Lepasan SPM



Salam pagi Isnin dari JR untuk semua pembaca blog JR.

Malam tadi ketika menghantar ibu mentua ke klinik, JR terdengar perbualan dua orang awek yang kebetulan berada di sisi JR:

Awek  A: Hang dah hantaq ke UPU permohonan nak masuk IPTA  ka?
Awek  B: Dah...Hang pulak?
Awek A: Belum. Tengah isi la tadi, ni kena hantaq mak ngah mai klinik pulak...Errr..aku ada problem sikit la masa isi permohonan tu..
Awek B: Apa problemnya tu?
Awek A: Aku dok isi tapi tak nampak ruang untuk isi result SPM aku pun, hang isi dulu cam na? Tak kan tak payah isi result SPM kot? Habis cam na UPU nak timbang permohonan jika dia tak tau kelulusan kita?
Awek B:  Aku dah isi. Memang tak dak ruang untuk isi kelulusan kita pun. Aku pun tak tau...mungkin UPU link exam result tu dengan Kementerian Pelajaran kot, aku agak la...


Rupanya dua awek tu mungkin lepasan SPM yang sedang buat permohonan nak masuk kursus diploma di IPTA. Tapi mereka heran dalam borang UPU (Unit Pusat Universiti) tiada ruang untuk isi kelulusan mereka.

Kebetulan JR terbaca informasi daripada UPU yang menerangkan beberapa isu berkaitan kemasukan ke IPTA ni. Sementelah JR dah terbaca, eloklah juga JR memasukkan informasi daripada UPU tu di sini untuk  dikongsi bagi mempermudahkan urusan permohonan kemasukan korang atau saudara mara korang ke IPTA:

  • Tidak Dapat Mengemaskini Permohonan
Ramai pemohon menghadapi masalah untuk mengemaskini permohonan disebabkan kata laluan dan nama ibu yang salah.

Sebenarnya ia berkaitan dengan isu kesilapan pemohon mengisi kedua-dua ruangan 'kata laluan' DAN 'nama ibu'. Sila isi HANYA salah satu di antara kata laluan ATAU nama ibu. Jika isi kata laluan kosongkan ruangan nama ibu dan jika ingin guna nama ibu kosongkan ruangan kata laluan, tak perlu diisi kedua-duamya. Jika ingin guna kedua-duanya pastikan kata laluan DAN nama ibu diisi dengan betul tetapi jika lupa kata laluan dan nama ibu  sila hubungi UPU  untuk bantuan lanjut di talian berikut:

03-8870 6755/6766/6767/6777
Isnin – Khamis: 8.00pagi-1.00tgh, 2.00ptg-5.30ptg
Jumaat: 8.00pagi-12.15tgh, 2.45ptg-5.30ptg

  • Tahun SPM & Angka Giliran Tiada/Blank
Pemohon lepasan SPM Kategori A & B tidak perlu risau dan tidak perlu mengisi ruangan tersebut (telah dinyatakan dalam panduan permohonan) kerana ini hanyalah masalah paparan sahaja. Masalah ini disebabkan talian internet pemohon yang tidak stabil/intermittent. Pihak UPU akan update semula angka gilir & tahun SPM dari masa ke semasa.

  • Nama Tertukar Dengan Pemohon Lain
PERINGATAN: anda dinasihatkan agar mengemukakan permohonan secara berasingan. Sila selesaikan permohonan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan calon lain. Pihak UPU akan betulkan nama yang tertukar SPM dari masa ke semasa, sila buat SEMAKAN sebelum tarikh tutup.

  •  Tiada Ruangan Untuk Isi Keputusan SPM/STPM
Bagi pemohon lepasan SPM tahun 2011/2010/2009 & STPM 2011 tidak perlu mengisi keputusan peperiksaan anda kerana Kementeriaan Pelajaran Malaysia (KPM) akan membekalkan keputusan peperiksaan anda ke UPU (telah dinyatakan dalam panduan permohonan).

  • Hilang No. Unik ID
Untuk mengemukakan permohonan anda perlu memiliki no. unik id. Jika anda belum membeli no. unik ID ataupun telah kehilangan nombor tersebut anda perlu membelinya semula di Bank Simpanan Nasional(BSN).

Bagi yang berkelayakan dan belum buat permohonan, segerakanlah kerana korang punya seminggu saja lagi untuk melakukannya..


(Sumber : http://www.xpresi.org)

11 comments:

  1. terima kasih atas info ini, walaupun agak terlewat tapi ia berguna terutama mengenai result SPM tow..

    ReplyDelete
  2. hehe...rindu pulak masa tengah apply UPU lu...kehkhekhe XD

    ReplyDelete
  3. oh cik dah isi..Alhamdulillah dh selesai =D

    ReplyDelete
  4. Salam JR..
    Pasal borang UPU ni pernah bakar darah saya dulu.

    My youngest son, paksa isi baru nak isi.. Paksa hantar baru nak hantar.. Boleh ke ckp x mo belajar dah. X nak pergi mana2.. Xnak tinggalkan saya katanya. Aduh!!
    And today he is in Dublin keja kat sana.. X reti nak balik dah.. Isk!!!

    ReplyDelete
  5. Cik rose tak tahu pasal benda nie...thanks info..

    ReplyDelete
  6. saya lepasan spm 2012 upu bukuk selepas keluar result spm ke bila?

    ReplyDelete
  7. hi admin.. kenapa bahagian kokurikulum xde ruang untuk isi cgpa? and bila saya klik butang "seterusnya', dia minta isi cgpa kokurikulum. tapi bila saya kembali ke laman kokurikulum xde tertera pun ruang cgpa tu. saya nak buat macam mana ye?

    ReplyDelete
  8. Aq plk langsung x de ruangan koku , kenapa ye?

    ReplyDelete
  9. aku pun takde ruang isi koko... tension

    ReplyDelete
  10. admin, tmpng tnya. saya lepasan spm 2014 so skrg tgh tggu keputusan spm kluar bulan 3 nnti. msa sya isi online borang upu tu sya perasan yg ruangan utk sya isi ruangan kokurikulum dan kputusan spm tu tak dipaparkan.. adakah pihak upu sendiri yg akan mengemaskini sendiri kputusan trsebut? Harap admin dpat membantu..

    ReplyDelete
  11. Hi Dear,

    i Like Your Blog Very Much..I see Daily Your Blog ,is A Very Useful For me.

    permohonan upu

    Ambil peluang keemasan daripada semakan & permohonan upu online di Malaysia. Awak boleh daftar dan terus berjaya masuk diterima sekarang @ myupu.co.

    Visit Now - http://myupu.co/permohonan-upu

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....