»

05 March 2012

Sup Bibir Dan Pipi: Nikmat Tak Terperi, Pasti Diulang Lagi


Salam pagi Isnin buat semua pembaca blog JR.

Maha suci Tuhan yang mencipta semua bahagian makhluknya dengan rahsia tersendiri. Ada yang tak boleh menahan nafsu suka menikmati lidah, lalu jadilah ia sup lidah. Ada pula yang sentiasa ghairah menikmati bahagian belakang, lalu lahirlah sup ekor. Ada juga yang tak boleh tahan melihat perut yang membulat, lalu mereka sentiasa tercari sup perut. Bagi orang biasa,  mereka tak kisah, yang kurus kering tinggal kulit dan tulang pun tak apa, lalu jadilah ia sup tulang.

Tapi apa halnya pula dengan sup bibir dan pipi? Korang pernah menikmati sup bibir dan pipi? Untuk lelaki, pernah minta sup  bibir dan pipi daripada isteri? Atau mungkin isteri pun tak pernah dengar pasal sup bibir dan pipi?

Sup bibir dan pipi itu mula diteroka oleh pengurusan Restoran Ani Sup Utara yang memperkenalkan menu itu sejak lebih setahun yang lalu.

Menurut Pengarah Urusan Little Cash (M) Sdn. Bhd., Rohani Abu, 50, menu sup bibir dan pipi itu menjadi antara menu kegemaran pelanggan restorannya.

“Seorang pelanggan dari Sabah begitu menggemari sup itu. Katanya bibir itu rasanya rangup dan tidak kenyal. Tekstur daging itu lembut sama seperti urat keting, cuma ia mempunyai bintik-bintik bulat kecil kerana itulah struktur asal pipi dan bibir lembu,” katanya.



Kebanyakan stok pipi dan bibir lembu diambil daripada pembekal yang mengimportnya dari Australia dan New Zealand dalam bentuk kotak seberat 20

Cara untuk menyediakan sup pipi itu sama seperti penyediaan sup daging yang lain.

“Kami akan menggunakan lapan jenis bahan termasuk lada hitam untuk membuat kuahnya. Hanya masukkan daging pipi serta bibir ke dalam sup yang dimasak, kemudian hiaskannya dengan bawang goreng, daun sup, limau nipis dan lobak merah,” cerita Rohani.

Bagi mereka yang ingin menikmati sup bibir dan pipi jni boleh mencubanya di Restoran Ani Sup Utara beralamat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam dan cawangan-cawangannya yang lain yang kini berjumlah 28. 

Untuk selanjutnya sila susuri beritanya di http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0304&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_03.htm

3 comments:

  1. Saya ni ada banyak benda yg saya tak makan. Huhu. Perut lembu pun saya tak makan. Lidah apatah lagi. Inikan pula pipi dgn bibir. Huhu. Tak adventurous kan saya ni?

    ReplyDelete
  2. La...tengok tajuk dan intro nampak macam ada unsur lucah, rupanya nak ajak pergi makan sup..., hehehehe

    ReplyDelete
  3. haa?? bibir??? tidakk akn ku mkn..
    perot pon saya x mkn , lidah pon x mkn..
    hee~

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....