»

05 March 2012

Fizo Omar: Alhamdulillah Berkat Kena Tipu


Memang benarlah Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui. Kecelakaan bukan saja perlu dilihat dari sudut kesedihan, tapi juga sebagai petanda Allah akan menurunkan hikmah yang besar kepada hambaNya yang bersabar.

Lihatlah apa yang berlaku kepada Fizo Omar:

PETALING JAYA: Pelakon Fizo Omar, 27, mengakui rezekinya semakin murah selepas insiden ditipu ketika menjadi penjamin bagi pinjaman bank yang dibuat sebuah syarikat di Damansara, di sini sehingga terpaksa menanggung hutang sebanyak RM2 juta.

Walaupun berhadapan dengan kejadian itu dia bersyukur Allah telah membuka pintu rezekinya dengan lebih luas dalam bidang lakonan dan perniagaan.

"Doa orang yang teranaiya akan dimakbulkan oleh Allah dan perkara itu telah terjadi kepada saya. Alhamdulilah rezeki semakin mencurah-curah selepas kejadian itu," katanya kepada mStar Online.


Ditanya mengenai kes tersebut, Fizo berkata ia masih dalam proses siasatan dan dia menyerahkan sepenuhnya kepada Pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang mewakilinya dalam kes itu.

"Selepas kes itu saya kelihatan agak suram di media massa tetapi saya sebenarnya sibuk di lokasi penggambaran filem dan drama. Alhamdulilah rezeki tidak putus-putus. Alhamdulilah perniagaan juga dalam keadaan baik dan semakin maju. Kehidupan saya sentiasa sibuk namun berada di tahap baik. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya dan saya percaya perkara buruk yang telah menimpa saya telah diganti dengan pelbagai peristiwa baik dalam hidup saya kini," katanya.
(Sumber info: mStar Online)

JR: Jangan bersedih dengan musibah kerana kadang-kadang di balik musibah tersembunyi seribu hikmah yang cuma menjadi rahsia Allah...

4 comments:

  1. Dua juta??!!! Banyak giler. Mmg menyusahkan org la org yg buat loan tak bayar ni.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah sedar kekuasaan Allah bagus lah

    ReplyDelete
  3. mak aihh...banyaknyer....cian betol..
    haih...kes tipu menipu skrg semakin menjadi2 btol la...

    ReplyDelete
  4. humm btol tu... doa org yg teraniaya didengari Allah..

    ReplyDelete

Tak kan baca ajer..? Komen la sikit....